19 December, 2011

375. MUDAHKAN KERJA DI DAPUR

CARA ILAHJY KERINGKAN SERAI DAN DAUN LIMAU PURUT UTK BERTAHAN LEBIH LAMA DI DALAM PETI SEJUK



Hari ini ilahjy cuba berkongsi cara mengeringkan serai yg terlalu banyak kat rumah ni ... utk disimpan dalam jarak masa yg panjang tanpa merosakkan serai.

sebenarnya serai ini ilah jy amek dari kebun ilahjy di melaka. setiap kali balik ke melaka pasti serai2 ini berkilo2 dibawa balik kadang2 disimpan dalam peti sejuk letak dlm bekas tupperware pun ia akan rosak juga. ia akan menjadi hitam di dalam nya..

pengalaman 3 tahun lepas, ilahjy keringkan daun limau purut utk disimpan lebih lama lagi sehingga 6 bulan ia akan tahan lama didlm peti sejuk tanpa lecur atau berkulat.
berpandukan dari pengalaman itu ilah jy cuba pula mengeringkan serai2 yg berkilo2 ini, supaya lebih tahan lama disimpan dlm peti sejuk...

cara kedua2nya lebih kurang sama. mari kita saksikan bagaimana ilahjy keringkan ke dua2 bahan masakan utama kita ini supaya ia tahan lebih lama lagi...



daun limau purut:

caranya:
cuci bersih daun2 nya.
toskan di dalam bekas berlubang seperti dlm gambar.
biarkan ia mengering di dalam peti sejuk, seminggu lebih kurang.
daun limau akan bertukar warna dari hijau menjadi seperti di dalam gambar.
kemudian ambil daun2 tersebut masukkan di dalam bekas kedap udara.
simpan di dalam peti sejuk selama kita mahu.
masukkan ke dalam masakan seperti biasa.
daun tadi akan kembang ke warna asal.
harumnya tetap sama. cubalah....



serai

caranya:

bersihkan serai
gunakan sagat seperti di dalam gambar.
sagat serai tadi secara serong.
dalam suhu rumah letakkan serai2 tadi di atas kertas.
serakkan ia. supaya serai mudah kering.
keringkan 4-5 jam tanpa menggunakan matahari.
setelah itu masukkan serai2 tadi ke dalam bekas berlubang seperti daun limau purut tadi.
ilahjy alaskan kertas di dalam bekas tersebut.
keringkan ia di dalam peti sejuk selama 4-5 hari.
kemudian pindahkan serai2 tadi ke dalam bekas kedap udara.
simpan di dalam peti sejuk.
bila hendak digunakan terus masukkan ke dalam masakan.
selamat mencuba...


10 comments:

  1. tqvm sudi share petua ni...x terpk pon nak wat camni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak..wahh tips berguna tu...Sebelum ni saya selalu buat utk daun limau purut, tapi untuk serai ni baru 1st time dapat tips....

    ReplyDelete
  3. nnti nk cuba jugak la.. selalu serai jer yg jadi masalah nk simpan lama.. klau daun limau purut mmg sy keringkan dlm peti ais

    ReplyDelete
  4. Wahhhh.. Tq kak share petua ni.. Naz pulak, selalu kalau simpan daun limau purut dlm peti sbb ada lebih selepas diguna, bila kering pergi buang lak. Ingatkan dah x boleh guna..huhuhuuuu..

    ReplyDelete
  5. terima kasih ilah kerana kongsi petua yg berguna ni..selalunya serai akan kecut bila lama sgt dalam peti sejuk:(

    ReplyDelete
  6. Terimakasih..lama sgt dah dok cari cara nak simpan serai bagi tahan lama.

    ReplyDelete
  7. Kak Ilah kusss, sy selalu daun limau purut memang masukkan dalam freezer, tahan berbulan2, utk serai memang beli sikit2, sebab jarang memasak sebenarnya... hehehe

    ReplyDelete
  8. terima kasih KIlahh.. nak cuba juga ni..

    ReplyDelete
  9. Salam kak ilah...tun jenis yg cmpak semua dalam freezer..hihi...

    ReplyDelete
  10. Salam kak ilah...tun jenis yg cmpak semua dalam freezer..hihi...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini