15 March, 2012

391. MASAK LEMAK NANAS

salam sejahtera kalian semua... ilahjy masak lemak nanas ini khas utk anak ke 3 yg sedang demam..dia tak leh makan pedas2..kegemaran dia adalah paceri nanas.. tapi tak mau la makan rempah2 dimasa demam ni.. setelah di masak dan dimakan mmg sedap juga la walaupun tiada ikan masin.... betul tak dek Ann???
makan malam tadi 14 mac 2012.

walaupun masakan ni senang tapi ilahjy masukkan juga utk tatapan anak2 kusss dimasa akan datang....

bahan:

1/2 biji nanas masak potong nipis
1 sudu kecil jintan manis
2 biji cili padi merah
sepotong nipis kunyit (jangan banyak2 nanti kuning sgt)
1/2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 batang serai (serai yg ilahjy kering dulu)
1 cawan santan pekat

caranya:
kisar kesemua bahan dgn air sehingga halus. masukkan dalam kuali bersama nanas masak sehingga bahan betul2 masak. baru dimasukkan pati santan dan garam.

2 comments:

  1. saya suka sgt gulai lemak nenas ni tambah lagi bila ada ikan masin.. tp jarang dpt masak kat rumah sebab the other half tak suka & anak2 pun tak reti mkn gulai nenas lagi.. huhuhu... sedeyyy...

    ReplyDelete
  2. sedapnya kak..lama tak mkn msk gulai lemak ni .teringat kat mak dulu selalu msk lemak gini:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini