08 June, 2012

403. TOM YAM MEEHOON KERISEK anak kusss piqa




baru2 ini anak ke 2 ilahjy telah mereka cipta resepi ini amat tersedap ditekak mamanya....
tak sangka piqa pandai juga buat tom yam ni.. mama pun namakan tom yam ni tom yam kerisek.


bahan untuk goreng:

1 biji bawang besar dimayang
5 ulas bawang putih mayang
5,6 tangkai cili padi -ikut pedas
1 sudu besar belacan
4 sudu besar perencah tom yam knorr

panaskan sedikit minyak dan goreng kesemua bahan di atas sehingga wangi.
masukan bahan2 dibawah

bahan sampingan:

hirisan ayam secukupnya
3 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
sayur campur lobak merah kacang dan sebagainya
3 sudu besar kerisek
1 biji limau ambil jusnya
caranya:
sambungan dari bahan gorengan diatas, di dalam kuali/periuk yg sama,
masukkan hirisan ayam kacau sehingga sebati ,kemudian masukkan serai,
daun limau purut dan sayuran.
kemudian masukkan air dalam 5 cawan atau secukupnya,kerisik, perahan limau dan garam
rebus sehingga masak.. sedia utk dimakan bersama mee hoon atau nasi..

2 comments:

  1. pandainya anak dara Kak Ilah, kita tak terfikir tomyam letak kerisik... pasti lagi memikat selera kalau mamanya dah puji gitu..

    ReplyDelete
  2. Wow! sedap ni... nampak lain...:))

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini