16 August, 2012

437. IFTAR 26 KUIH KERIA LEMAK MANIS

GABUNGAN 2 WAJAH YANG MENAWAN HATI..
minta jauh penyakit kencing manis dah la hehehe
hasilan dari saduran gula melaka....

wahhhh kali nie menjadi pula gula2 permata itussss...bangga nyaaa..

Salam sejahtera... hari ni dah pun masuk hari ke 27 kita berpuasa.. tik tok tik tok dah sampai ke kemuncaknya... menu utk berbuka petang semalam a.k.a untuk dibawa ke surau kat bawah tuuu sempena majlis khatam quran ialah kuih keria lemak manis...hasil olahan ilahjy, kerana ilah jy tak berapa suka makan kuih keria sebenarnya.. hehehee

bila dah ditambah pati santan wahhh sedap ooooo en hb boleh habiskan 5 ketul tauuu.. tambah2 pula yg disira gula melaka tuuu ... keluarga en hb memang suka buat sira gula merah atau gula melaka dari gula putih... tapi hari nie menjadi2 pula ilahjy buat..selalu tu kalu buat siraan itu pasti kerassss atau lembek tak keras langsung...

resepi nie ilahjy buat main agak2 juga... nak masukkkan disini sebagai rujukan sendiri sahaja... kalu kalian buat tak menjadi jgn marah yaaa..

bahan:

ubi keledek kuning direbus dan lenyekkan
tepung gandum dicampur sehingga boleh dibentukan.
pati santan kara
sedikit garam

dalam bekas keledek, campurkan santan , garam gaul sehingga sebati.
ayak tepung dan terus masukk ke dalam keledek dan uli sampai terbentuk ketulan yg lembut. bulatkan dan lubangkan seperti donat.
goreng dalam minyak yang tenggelam sehingga kekuningan. toskan.

anggaran sukatan: bergantung pada kesukaan masing2 nak lebih rasa keledek atau tepung.
4 cawan keledek lenyek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan pati santan kara


bahan gula

2 cawan gula pasir
1/4 cawan air

basahkan keliling kuali dengan minyak, supaya kuih tak melekat ketika siraan dibuat.
dalam kuali tadi, buangkan minyak sehingga tinggal 3 sudu besar sahaja.
masukkan gula pasir dan air, masak sehingga mendidih dan pekat seakan2 hampir berketul semula..
padamkan api masukan keria goreng tadi, gaul sehingga gula tadi kering dan melekat di keria...

kalau nak buat gula melaka pula cuma tambahkan gula melaka 1 ketul ke dalam adunan gula tadi... gula melaka bukan manis sangat....


1 comment:

  1. salam Yang.Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat ilah seisi keluarga.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini