24 August, 2012

439. KENTANG ALA PIE BERINTI AYAM JY



HASILNYA SETELAH DISEJUKKAN

petang semalam raya ke 5 ilahjy masak utk berbuka... sedikit special utk en hb kusss dan anak2 berbuka... dulu pernah buat juga tapi cara yg berbeza guna bekas besar dan susah nak dipotong.. dan resepi kali ni ilahjy buat ikut rasa selera sendiri...
amat mengalakkan mendapat sambutan daripada anak2.... depa makan macam tu jer siap cicah sos.... mama masak ukt dimakan dgn nasi...tapi tak payah!...habis macam tu jer...macam makan pie la pula.. cuma kentang tu lembut dan mulus di makan.

BAHAN BAWAH KENTANG (dapat 12 biji)

Bahan:

4 biji kentang dibelah 4 rebus sampai empuk bersama sedikit garam
3 sudu besar butter cream
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tepung rose

caranya:

toskan kentang. lenyekkan kentang sehingga halus, semasa masih panas2 lagi.
masukkan butter cream gaul sampai butter cair.
kemudian masukkan susu cair gaul sehingga sebati
masukkan tepung dan gaul sehingga boleh dibentuk. tambah tepung jika masih lembek. tapi jgn terlalu keras. ilahjy buat kentang tu agak melekit sikit dijari.
masa masukkan dalam bekas2 di atas ilahjy basahkan
jari utk elak melekat.

ambil seketul kecil tekan kan kedalam cup cake seperti di atas. bentukkan lubang di tengahnya. seperti membuat cis tat... adunan kentang hendak diisi separuh bekas. biarkan sebentar.

kentang diisi separuh dan lubangkan,isi inti ayam

INTI AYAM TENGAH


bahan:

1/2 cawan ayam segar dicincang halus
1 sudu besar rempah soto mak siti
bawang besar mayang

bawang putih mayang
2 sudu besar karot dadu kecil2
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

caranya:

tumiskan bawang sehingga wangi, masukkan rempah soto dan karot dadu bersama sedikit air.
setelah pecah minyak masukkan ayam.
kacau sampai masak, baru dimasukkan sos-sos bersama sedikit garam.
setelah sedikit kering padam api.
masukkan inti ayam ke dalam lubang2 kentang tadi.
ketepikan sebentar.

penuhkan adunan telur


BAHAGIAN ATAS PENUTUP

bahan:

3 biji telur A
2 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar air

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau sehingga sebati.
tuangkan adunan telur keatas inti ayam tadi.
bakar dalam suhu 180 darjah sehingga adunan telur itu membeku.
sejukkan sebelum dibuang cup cake itu. sedia utk dimakan
bersama sos yg disukai.

dah siap dibakar

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini