14 September, 2012

442. PANCAKE PISANG NIPAH

sarapan pagi ini 14 september 2012
makan dengan blueberry filling atau kuah asam pedas pun sedap
comotnya hahahahaa

PANCAKE PISANG NIPAH (cara ilahjy)

bahan:

10 biji pisang nipah masak ranum
1/2 kotak santan kotak
2 cawan tepung gandum (bancuhan cair mcm buat pancake biasa)
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh garam
1/4 cawan air
6 sudu besar gula
2 biji telur

caranya:

kisar kesemua bahan sehingga halus
ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan soda ke dalam kisaran pisang
bancuhan seperti membuat pancake biasa. atau seperti dalam gambar.
bakar tanpa minyak guna kuali non stick.
bancuhan boleh diubah suai mengikut kepekatan samada tambah cecair atau tepung
ilahjy buat secara anggaran. main campak2 jer hehehe
selamat mencuba. hasilnya gebu dan lembut ringan sekali...

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini