bahan lapisan biskut:
27 keping biskut krackers (1 lapis 9 keping. ngam2 dgn loyang di atas)
500 ml santan cair
1 cawan susu cair
6 biji telur
kesemua bahan dicampur sebati kecuali biskut. (bahagi kepada 3 bekas)
bahan inti ala2 rendang ilahjy:
2 cawan daging cincang (ilahjy mesin sendiri daging)
1 batang serai dimesin bersama sedikit air dan daging tadi sehingga halus.
3 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 ulas bawang putih ketuk
1/2 labu bawang besar dimayang
2 biji cili besar dadukan
1 biji cili hijau dadukam
1 batang timun hijau dadukan
4 biji cendawan butang nipiskan dan dadukan
garam dan perasa secukup rasa ya
caranya:
1. panaskan minyak tumis bawang sehingga wangi
2. masukkan sedikit air dan serbuk kari dan jintan manis kacau rata
3.setelah pecah minyak masukkan daging kisar tadi masak sehingga kering
4. masukkan potongan cili dan timun dan cendawan
5. kacau sebati sehingga sedikit layu padam api.
sedia untuk digunakan.
6. bahagi kepada 2 utk 2 lapisan inti
cara penyediaan didalam loyang
1. sapu loyang dgn marjerin
2. celupkan 9 keping biskut ke dalam bancuhan susu dan santan tadi. selama 1 minit.
3. dan susunkan ke dasar loyang secara teratur.
4. bahagikan kepada 2 inti rendang itu.
5. masukan bahagian pertama ke atas lapisan biskut tadi sapu rata.
6. curahkan bancuhan susu santan pertama tadi.
7. seterusnya, celupkan biskut ke dalam bancuhan ke 2 dan susun kemas2.sebanyak 9keping juga.
8. curahankan lebihan susu dan santan.
9. lapisan akhir celupkan sekali lagi biskut ke dalam bacuhan susu santan, susun kemas.
10. curahkan susu santan yg berlebihan tadi . ILAHJY letakan sesudu kecil marjerin ke atas setiap biskut utk mencantikkan/mengilatkan permukaan biskut nanti. petua sendiri...
bakar suhu 190 darjah selama 45 minit
11. ilahjy angkat semasa 3/4 masak. ilahjy curahkan baki sedikit lagi ke atas murtabak itu. dan terus membakar api atas sehingga masak.lain kali ilahjy tak buat mcm ni sebab tak cantik lah nampak putih semcam jer kat atas biskut tuuu...huhuu
rasanya memang macam rendang ...sila cuba tak sedap jgn mareeee..air tangan masing2 yer.
.
tgk rupe dia pun dh tau sedap... best kalu dpt try bt kan
ReplyDeleterajinnya ilah buat rendang2 bagai. makngah selalu juga buat tp cuma celup roti dlm air, goreng dgn sedikit minyak, lembut gebukan roti dengan bancuhan telur ayam n ramuannya sahaja. sangat malas :C
ReplyDeleteSalam Kak..lama juga saya tgk orang adaptasi craker ni jadi kuih...emmm buat style ni sedap juga yaaaa....
ReplyDelete