selamat sejahtera dah minum petang? apa menu tengahari tadi?
bagi ilahjy yang sedang menderita sakit tekak ni perit tak boleh makan pedas2... teringin nak makan pasta hijau. jam 11 pagi tadi selepas out dari Fb. terus ke dapo menyediakan segala bahan yang tak punya sukatan. biasalah ilahjy ni kerja main agak2 jer. akhirnya terjadi lah juga pasta hijau ni.. teringin nak masukkan sayuran bayam tapi kehabisan stok. ada pula tepung atta/capati maka dengan segera tangan ni mengandunkan bahan.keputusannya adalah terbaik sekali bagi tekak ilahjy ni.
ada sapa2 berminat mau kan resepi? tunggu ya..
sebenarnya sudah beberapa kali ilahjy buat pasta sebegini rupa. cuma bentuk dan wsrna berbeza.
PASTA INI BOLEH DIJADIKAN SUP SOTO SEPERTI DALAM GAMBAR ATAU DIGORENG SEPERTI KUE TEOW IKUT SELERA MASING2
GAULKAN MINYAK MASAKA SECUKUPNYA SUPAYA TIDAK MELEKAT
MASUKKAN KE DALAM AIR SEJUK DAN TOSKAN SEKALI LAGI
REBUS DALAM AIR MENDIDIH SEHINGGA TIMBUL DAN TOSKAN
BEGINILAH RUPANYA SELEPAS DIMESIN
SAPUKAN MATA MESIN DENGAN MINYAK MASAK BARU POTONG ADUNAN KEBENTUK KUE TEOW
SAPUKAN TEPUNG PADA ADUNAN DAN MESIN KAN SEBANYAK 3 KALI
TEPUNG DIBULATKAN TAK PERLU LICINKAN ADUNAN SEKADAR BAHAN BERCAMPUR BILA KITA MESIN BAHAN AKAN LICIN SENDIRI
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/PASTA KLIK SINI RESEPI PILIHAN
http://ilahmasakanku.blogspot.com/search/label/mee KLIK SINI UTK MELIHAT CARA BUAT MEE
bahan: resepi rekaan ilahjy
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung capati/atta
2 biji telur
1 sudu teh garam
1/2 cawan air secukupnya
pewarna hijau secukupnya
caranya:
1.campurkan kesemua bahan gaul rata dan uli seperti karipap tetapi keras sedikit dari adunan karipap.
sila guna mesin mee.
2.bentukan kecil2 seperti di atas. supaya senang nak gelek dimesin.
gelek sebanyak 3 kali biar rata adunan. sambil disapu tepung setiap kali masuk mesin.
3. sapukan tepung rata2 dan mesin ke mata kue teow untuk mendapatkan bentuk pasta di atas.
sapukan minyak masak semasa masukan adunan ke mata mesin tadi.
4. rebus dalam air mendidih setelah timbul toskan.
5. masukkan terus ke dalam air sejuk supaya mematikan proses kembang.
6. toskan dan sapu minyak masak mengelakkan melekat. boleh dimasak dl pelbagai juadah samada nak mengoreng atau merebus.
SELAMAT MENCUBA
salam kenal ilahjy...bw jumpa blog ni..tergoda dek pasta hijau tu..nekcik ni mata jek itam..tapi selero tu bnyak orang biru!! ok fresh ni mesti sedap..lembut kan
ReplyDeletewkslm t.kasih nekcik kerana sudi bw kat sini..mata hijau mata kuning mata itam selera semua sama jer hehehe jom cuba
ReplyDeletesalam Ilah
ReplyDeletenampak sedap pasta hijau, nanti kak noor nak korek balik mesen tu entah dimana letak hahaha, best kan dpt kaler2 kan pasta kita,..