09 April, 2013

496. CHEESE BROWNIES

 LOREKKAN  TANGAN  KU YANG  KERAS INILAH HASILNYA
ada  rupa bunga  mawar tak  kawan2?

SUMBER  RESEPI  DARI  RINNCHAN terima  kasih  rinn..  resepi  dah bertahun2  diprint baru  nak  cuba.  ternyata sedap...ilahjy  tak  guna  acuan besar seperti  rinn ..sebab  nak bawa  ke  UIA utk  anak  ke3 makan dgn  kawan2...jadi  utk  memudahkan mereka  makan ilahjy  guna  cup  cake..

bahan:

250 gm  butter
1  cawan  serbuk  koko( ilahjy guna  1/2 cwn)
3 biji  telur gred b
1 1/2  cawan  gula  halus
1/2  cawan  susu  cair
1  1/2  cawan  teung  gandum  diayak bersama
1 sudu  teh  baking  powder
1  sudu  teh  soda
1  sudu  teh  esen  vanilla

caranya:
1.  cairkan  butter,padam api. masukkan  serbuk  koko kacau  rata.
2. guna pemutar  tangan putar  telur dgn  gula sehingga  sebati,  masukkan  ke  dalam  adunan  butter
3.masukkan  susu  cair kacau  sebati
4.masukkan  tepung dan  esen vanilla, kacau  sebati
5.tuang  dalam  acuan  yg  kita  suka. bakar  dalam  suhu  170 darjah selama  20  minit jika  acuan  kecil  mcm  di atas. keluarkan  dari  oven
6.  tuangkan adunan  cheese lorekkan  dan  bakar  selama  10  minit  sehingga  adunan  atas nya   kering.  sejukkan  dlm  peti  sejuk

BAHAN UNTUK LAPISAN  CHEESE:

250 gm  cream  cheese
1 cawan  gula  halus
1 biji telur
1/4 cawan  whipping  cream (ilahjy  tambah)

caranya:

pukul  cream  cheese  sehngga  kembang
masukkan  gula  putar  lagi  sehingga  kembang  masukkan  telur dan  whipping  cream terus  putar sehingga  sebati.tuangkan  ke  atas  brownies tadi. LOREKKAN  ikut  kreativiti  masing2  dan  bakar selama  10 minit sehigga  permukaannya  kering  bila  disentuh. sejukkan  dalam  peti  sejuk.

5 comments:

  1. Salam kak Ila, cute sangat brownies ni n good idea..boleh la try nanti. Thanx coz sudi berkongsi resepi...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak..wahhh selain membaking, boleh asah skill art juga ni,,,^___^

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. singgah sini tengok cheese brownies tu.. sedapnyaaa haiihh.. kat umah still ada balance cheese ni.. nak wat tart ke brownies ek..

    ReplyDelete
  4. wah meriahnya cheese cake ilah ni.Cantik dah ni.Insyallah jika selalu praktis dapat improve lagi.

    Kaknah mmg gagal bab hias kek ni :( sob sob

    ReplyDelete
  5. comei kak lukisan tuh, heheheh comei je... jnji sedap tak kisah camne pun kn

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini