Kek span dan deco pertama hasil dari kerjatangan anak no3 ilahjy.
Boleh tahan .. kak long dah kasi markah penuh Siap Dgn Pujian. Hehe..
Resepi dek Ann Amek Dari Dapo Antie Yatie Memories. Resepi asal Kek Span Pandan.
Bahan:
150 Gm Tepung Gandum
150 Gm Gula Halus
5 Biji Telur
1 Sudu Teh Ovellette
80 Ml Susu Segar/air Pandan
80 Ml Minyak Masak/mentega Cair
1 Sudu Teh Jus Oren Minuman
1 Sudu Teh Serbuk penaik
Sedikit Pewarna Oren
Caranya:
1. Pukul Telur Dgn Gula Sehingga Kembang. Masukkan Ovellette. Pukul Lagi Sehingga Kembang.
2. Masukan Susu Segar, Jus Oren, Dan Pewarna Oren Pukul Sehingga Kembang
3. Masukkan Mentega Cair Berselang Seli Dengan Tepung Yang Diayak Bersama Baking Powder. Gaul dengan Senduk Kayu.
4. Masukkan Ke Dlm Acuan Bersapu Marjerin Dan Tepung. Bakar 45 Mt Suhu 170 Darjah. Sehingga Masak. Kemudian Hias.
CARA KE2:
Campurkan Kesemua Bahan Dan Putar Sehingga Kembang Dan Putih.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini