01 June, 2013

507. KEK PISANG NIPAH


Sukanya Hati Ini dapat Ahli Baru Dapo Kuss. Ada Lampu,kipas, Pemanggang Ayam
Yang  Lama Jasa Dikenang Tetap Disimpan Dihati..

Selamat Bercuti Sempena Hari Yang Di Pertuan Agung 1 Jun 2013
Bila Masuk Saja Bulan Jun, Bermakna Usia Perkahwinan Ku Bakal bertambah Lagi Usia Kematangannya. Pada 25 Jun Nanti Akan Menjadi 25 Tahun Usia Perkahwinan Ini.
Apa Yg Cuba Ilahjy ceritakan Disini Mengenai 2 Buah Oven di Atas. Dan Sebiji Kek.
Setelah Beberapa Minggu Ilahjy Tidak Mengupdate Blog Ni.. Jelaslah Sawangannya.
Okies Kita Sapu Sawangan Dgn Pameran Oven Baru... Hehe...
Sejak Berkahwin oven Jenama National Di Atas  Telah Byk Jasanya Kpd Ilahjy Sekeluarga. Semua Jenis Makanan Telah Dimasukkan Ke Dalamnya. Tibalah Masanya sejak Tahun 1989-2013 Oven Ini Terbakar Mentolnya. Maka Api Atas Tak Berfungsi Lagi. Tinggal Yg Bawah Saja, Ilahjy Perasan Sejak Sebulan lepas. Bakar Kek Atasnya Tak Garing. 
Alhamdulillah Dengan Izin Dari En Hb.. Dan Rezeki Dari Nya.. 2 Hari Lepas Ilahjy Ke Eon Big Wangsa Maju Dulunya C4. Pilih2 Punya Pilih. Jenama Elba Jadi Pilihan.
Lampu Ada, Kipas Ada Dan Tempat Panggang Ayam Berpusing Pun Ada. Dengan Harga Tak Sampai 300rm, Ilahjy Rembatlah... Dulu National Dekat 500rm... Sekarang Zaman Dah Murah.. Mcm2 Ada... Boleh Pilih. Dulu Terhad Kpd Jenama National Je. National Pun Dah Tukar Ke nama Panasonik.. barangan National Amat Tahan Lasak... Bayangkan Berpuluh Tahun Ilahjy Telah Gunapakai.. baru Nak Rosak.  Petisejuk Pun Masih Molek Lagi.. Saiz Paling Kecil.. Sekarang Kena Beli Yg Besar Krn Keluarga Pun Dah Besar. Hehe...

Sempena Hari Agung 1 Jun Ilahjy Pun Nak Merasmikan Oven elba Baru Ni... Keputusannya Boleh Tahan.. Seperti Diidamkan....bersama Ini Juga Ilahjy Sertakan Resepi Kek Pisang Nipah Yg Dibawa dari Kg Melaka Minggu Lepas.

Bahannya:

4 Biji Pisang Nipah Yang Ranum
1/4 Cawan Susu Cair
1 3/4 Cawan Tepung Gandum
1 1/2 Cawan Gula Halus
1/2 Cawan Minyak Masak
4 Biji Telur
1 Sudu Teh Soda Baikabonat
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Ovellet
Sedikit Garam
Sedikit Esen Pisang

Adunan Koko:

3 Sudu Besar Milo
1 Sudu Teh Nescafe
1 Sudu Besar Pewarna Koko
Bahan Ini di Campur Ke Dalam Adunan Utk Mewarnakanya

Caranya:

1. Mesin Pisang Dengan Susu Sehingga Halus.
2. Masukkan Kesemua Bahan Ke Dalam Bekas. Putar Dengan Pemutar Kek Sehingga Gebu Dan Putih
3. Masukkan Pisang Tadi Teruskan Diputar Sehingga Gebu.
4. Sapu Acuan Dengan Marjerin Dan Tepung. Bakar 170 Darjah Selama 45 Minit.
Atau Sehingga Masak.
Boleh Diwarna Atau Dibiarkan Kosong...

Untuk Rujukan Ku Di Masa Depan...


1 comment:

  1. hai.. salam kenal.. =)

    656

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini