24 July, 2013

528. AYAM SAMBAL SOTO-iftar 14

Ayam ni seakan stew tapi ilahjy tambah rempah soto, masak seperti biasa.

Bahannya:

1 mangkuk sup isi ayam dipotong sebesar 2 jari@kecik2

Goreng dalam minyak tenggelam sehingga 3/4 masak.
Keluarkan minyak tinggal Cukup2 untuk menumis
Ayam masih dalam kuali tadi, masukkan 2 sudu besar cili mesin
Cili mesin mesti dimesin bersama bawang2 dan sedikit belacan
Masukan 1 sudu besar rempah soto, sos tomato, sos tiram dan sedikit kicap
1 biji buah tomato dipotong dadu besar

Masukkan sedikit air masak sehingga terbit minyak dan perasakan garam. Masukkan daun bawang dan daun sup.

NOTA: ILAHJY  MESIN CILI BERSAMA BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH DAN SEDIKIT BELACAN DALAM JUMLAH 1 BALANG MESIN PENGISAR DISIMPAN UNTUK  KEGUNAAN HARIAN. MEMUDAHKAN KERJA2 DI DAPUR. Siap sedia dalam petisejuk.

2 comments:

  1. kak....
    sedapnya tengok ayam tu..
    colek ngan roti pun best kan

    ReplyDelete
  2. ayam sambal soto ..
    first time dengar ni kak..pasti sedap nikan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini