27 July, 2013

531. AYAM GOLEK SATAY-IFTAR 18

26 hb adalah hari akhir LAST KOPEK PERNAMA
Ilahjy buat kali ke2 pergi jengah2 Jualan. Hari pertama pergi ilahjy beli kuali VANTAGE saiz 36cm. Saiz 32 cm dah beli tahun lepas.
Jadi sebelum pencen apa yg hajat baik beli.. hehee..
Hari akhir pergi ada jualan ayam 6rm sekilo ilahjy beli seekor je. Tup2 selepas tu en hb bawa balik ayam sekor lagi. Wah wah.. kebetulan la pula.sbb murah en hb pun tergerak  nak beli ... jadi utk berbuka hari ni terpaksa la habis sekor dulu utk elak peti sejuk sesak. Anak2 semua berkumpul depa minta mama buat ayam golek. Ilahjy guna kuali ajaib vantage yg 32cm.. ngam2 sekor... 36cm nanti lah duluu... rasmi hari lain yee..
Semasa proses  membakar tadi.. harum semerbak serumah... bila berbuka anak2 cakap sedap rasanya mcm satay.. memanglah mama masak  ala2 satay.. sbb tu rasa satay... macam biasa resepi campak2 .... tapi ilahjy cuba masukkan resepi di sini.
Sejak beli vantage tu dah 4,5 kali buat ayam golek aka bakar. Cepat dan mudah juga bersih.



Resepi ciptaan ilahjy : Bahannya:

1 ekor ayam di buang kulit dan buang semua lemak.
Cucuk2 ayam dengan garfu

Bahan mesin:

3 sudu besar jintan putih biji
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bwg putih
1 ulas kunyit hidup

Caranya:

Kisar semua bahan sehingga halus
Campur garam dan   2 sudu besar gula gaul sebati
Gaulkan serata pada ayam. Perap 1 jam.

Keluarkan kesemua rempah tinggalkan sedikit bersalut pada ayam 
Bakar dalam kuali ajaib  double pan vantage. Sehingga masak.
 Keluarkan siram dengan rempah tadi.

Cara masak rempah ayam:

Masukkan pati santan bersama sedikit minyak, panaskan sehingga mendidih  
Setelah masak tuangkan ke atas ayam bakar tadi. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini