Sengaja ilahjy beri nama puding buih majidee, sempena tempat ilahjy belajar buat puding buih ini. Selama 10bulan kami tinggal di kem majidee pd thn 2003. Sesingkat itu juga kami tinggal di kangar perlis juga selama 10 bulan pd tahun 1998 dan juga 10 bulan juga berada dibentong pahang 1999... aduuuiii bygkan betapa penat pindah randah sebanyak 18 kali 18 rumah sehingga la ke kl ni tmpt terakhir kami. Sudah hampir 7 tahun di mindef ni... lega rasanya tak pindah2 lagi sehingga pencen 2014 nnti... aminnn
Jom kita lihat resepi olahan ilahjy
Bahan puding:resepi olahan ilahjy.
1 1/2 cawan tepung jagung
4 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
3 biji putih telur- pukul sehingga kembang
Caranya:
Campurkan kesemua bahan kecuali telur.
Dengan api yang sederhana panaskan sehingga berkilat
Padamkan api, masukkan putih telur terus dikacau sehingga sebati dengan senduk kayu. Basahkan acuan tuangkan adunan dan ratakan
Sejukkan baru dipotong.
Boleh juga diwarnakan dan diletak dalam acuan kecil2.
Pernah ilahjy buat tahun lepas.
Bahan kuahnya:
3 biji merah telur dipukul seketika
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin air
1 sudu teh esen vanilla
1 tin buah2an campuran ambil airnya juga
Caranya:
Campurkan kesemua bahan kecuali telur Kacau sebati, panaskan sehingga mendidih
Masukkan telur kacau sebati padam api.
Kemudian masukkan buah2an bersama airnya sekali.
Semasa makan hidangkan bersama puding buihnya sekali
Boleh dicampur ketulan ais.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini