06 August, 2013

539. RENDANG PUYOH-IFTAR 27

10 ekor burung puyoh ini kami beli di sebuah kedai pembekal sejuk beku, di taman Melawati hari ahad lepad, kebetulan pergi beli kasut raya anak2 di giant permata.


Bahan: resepi  jy sendiri

10 ekor puyoh di potong empat

Bahan dibawah dimesin halus:
3 sudu besar jintan putih biji
2 sudu besar jintan manis biji
2 sudu besar rempah biji
3 inci halia
1 ketul kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 sudu besar cili mesin

Bahan tambahan:
1 batang serai diketuk
5,6 helai daun limau purut
5 sudu besar kerisik
1 cawan pati santan
2 keping asam gelugor
Garam dan sedikit gula

Caranya :

Perap kesemua bahan dengan puyoh 1 jam
Panaskan minyak, masukkan kesemua bahan perapan.
Masak sehingga pecah minyak dan rempah menjadi garing dan tambah air.
Masukkan kesemua bahan tambahan setelah mendidih, masukkan pati santan. Masak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini