28 October, 2013

541. LAKSAM PEMBUKA TIRAI N3 MASAKAN SEKIAN LAMA BERSAWANGAN

SALAM SEJAHTERA BUAT PENGUNJUNG2 RESEPI SUMBANGAN JY

 setelah sekian lama menyepikan diri dalam masakan dunia blogger.
Hari ini ilahjy cuba kembali selepas 2 bulan bersawangan dapur maya ku ini.
Dengan LAKSAM TEMBUN hehehe buat malam tadi. Untuk disedekahkan pada kawan2 rapat di tasik dato keramat. Tak mampu nak buat banyak2 ini pun 3 adunan ilahjy bancuh kukus pun berselang seli dgn masa masak lauk pauk mkn mlm. 
Alhdulillah dapt siap 18 gulungan yg gemok2..  puas makan dan senang nak gulung kalau tebal. Nipis2 ok juga tapi susah nak gulung. Bancuhan kali ni lebih kurang sama cuma ada sedikit laa.. yg kurang.. tepung kanji habis rupanya. Maka lebihkan tepung gandum... sebenarnya sejak dah pakar dalam laksam ni... tokok tambah kurang pun semua menjadi jeee kihkihkih puji nampak... asal bahagia.. tak kacau pun orang... sapa nak marah kan..


Resepi kali ni jom layan:

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
5 3/4 cawan air suam

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati 
Tapis ke dalam jag memudahkan untuk proses mengukus

Panaskan kukusan dan sapu minyak masak atas tudung periuk.
Setelah panas baru tuangkan adunan. Kukus sehingga gelembung baru di angkat dan di gulung. Sedia untuk digunakan.

Sila rujuk n3 lama LAKSAM untuk pelbagai resepi laksam ilahjy yang telah pun ilahjy olah bahan dan warna..sila klik link dibawah utk laksam n3 lama.

 http://ilahmasakanku.blogspot.com/search?q=laksam

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini