22 November, 2013

545. ROTI MANIS

SELEPAS BUAT ROTI CANAI ILAH JY CUBA MEROTI PULA SETELAH SEKIAN  LAMA TAK MEROTI.
Petang semalam 21 nov 2013 terus mengodek bibik melayu ni. Meragam rupanya BM ni setelah sekian lama tak meroti.. kejap menguli sekejap berhenti..
Walau apapun akhirnya,  dlm 2 jam terbuang masa dpt juga ilahjy membakar dgn sempurna sekali. Dengan resepi main campak2 sbb malas nak buka resepi inilah hasilnya... nanti ilahjy masukkan resepi campak2 utk rujukan sendiri dimasa depan. Sapa2 yg rasa tak confiden dgn resepi ilahjy baik cari sumber yg lain. Blog ini terbina utk ilahjy dan anak2 dara ku buat rujukan dimasa depan dan kenangan yang diri ini pernah wujud.. 

INILH HASILNYA DARI BM YG MERAGAM DAN HASIL CAMPAK2 DENGAN PENUH KASIH SAYANG SERTA IKHLAS.
Sapa kata meroti itu susah? Tak sesusah mana pun berdasarkan pengalaman dan membaca. Tak rugi kita berkongsi ilmu masak2 ni. 
Kalau tak menjadi sekali percubaan jgn putus asa. Jgn salah org yg beri resepi. Kerana bakat memasak ini ada anugerah dari NYA. Kita kena terima seadanya.. aminnnn
Dasar yg kurang garing.. 


Bakar suhu 160 darjah selama 25 minit
Keluarkan sapu lagi sekali dengan sapuan tadi, teruskan membakar sehingga masak.


Keluarkan dari BM dan uli buang anginnya. Kemudian bentukkan mengikut selera kita. Setelah naik sekali ganda. Sapu permukaan adunan , dengan susu cair,air dan mentega yg di gaul sebati


Perap 2 kali ganda naik. Tumbuk dan uli sekali lagi

Sila uli sebanyak 2 kali utk mendapatkan hasilnya cantik


Bancuhan mesti lembut daripada kuih donut. Bila nak uli dan membentuk,  kena guna tepung sapu ditangan supaya tak melekit.


Ilahjy guna tepung gandum tak sampai sekilo, dlm lebih kurang 800 gm.
2 biji telur, 2 sudu besar marjerin, 1 paket yis kering,1 sudu teh baking powder, 6 sudu besar gula pasir, susu cair yg disejukkan dalam peti ais, sedikit air.
Cecair yg digunakan dimasukan sikit2 sehingga adunan selembut dikehendaki.


Ilahjy guna water roux utk membuat doh ini,  yg dimasak tanpa resepi. Agak2 boleh memekat spt dlm gmbr diatas. Lebih kurang 3, 4 sudu besar bancuh dengan 1/2 cawan air. Masak sehingga pekat dan sejukan bau dicampur dgn bahan2 lain.

3 comments:

  1. Alhamdulillah...walau BM meragam, sekurang2nya akak teruskan misi buat roti hingga berjaya..last dpt gak menikmatinya bersama keluarga tersayang....dari kita panik dan terbiar mcm tu je dohnya....lebih baik di teruskan...cayalah K.Ilah...

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    nampak cantik dan gebu roti tu..lagi cantik dari kedai..sedap ni makan roti.

    ReplyDelete
  3. Tu laa dek yatie. Lama sgt tak meroti. Seronok tengok kat kelab roti semangat pun maii laaa

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini