19 December, 2013

556. CUP CAKE LABU KU

Selagi labu tak habis selagi itu ilahjy akan pelbagaikan menu labu
Harap2 jangan pernah menjemukan mata memandang 

Senyuman 3D

Lorekkan berbentuk S

Bahan kek:

100 gm tepung gandum
60 gm tepung kastard
100 gm gula halus
4 biji telur
2 biji kuning telur
1 sudu besar ovellet
1 sudu teh baking powder
50 ml air ais
1 sudu teh esen vanilla

75 gm minyak masak mazola
100 gm puri labu

Caranya:

Ayak kesemua bahan kering.
Campurkan kesemua bahan putar sehingga gebu dan putih
Masukkan minyak mazola putar sebati
Masukan puri labu putar lagi sehingga sebati
Panaskan oven 150 darjah. Bakar selama 25mt
Selepas itu keluarkan dari oven picitkan senyuman di atasnya  menggunakan adunan topping roti boy yg berbaki tempoh hari.
Bakar seketika sehingga kering.

Kalau lorekan berbunga pula dipicitkan topping dan lorekkan baru dibakar seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini