23 December, 2013

558. ICE CREAM MILO KOKO OREN 3 IN 1

Senang dan mudah membuat ice cream ini. Penghargaan buat rakan di fb iaitu
 isma maisarah, tapi ilahjy telah olah ikut selera sendiri.
Masukkan kesemua bahan dan putar sehingga pekat. Tu je. Berbeza dengan ais krim yg ilah jy buat ketika ditingkatan 4 1982. Usia masih 16 thn. Saban minggu buat utk hidangan arwah nenek tercinta yg suka mkn ais krim. Tetapi amat leceh 2 kali beku 2 kali putar. Bahan yg ilajhy guna ketika itu susu cair, gula dan perisa. 
Caranya susu cair dibekukan separuh beku diputar dgn bahan2 kemudian dibekukan separuh kemudiaan diputarkan sekali lg sehingga gebu barulah dibekukan dan sedia utk dimakan. 
Tetapi resepi dari isma ini amat lah mudah wpun bahan2nya hampir sama dgn ilahjy punya. Jom kita lihat resepinya.




  Bahannya yang telah ilahjy olah ikut selera:

1 tin susu cair
1 sudu besar ovellet
Bahan utama asal dari isma

Bahan tambahan olahan ilahjy:
8 sudu besar gula
4 sudu besar milo
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar jus oren sunquick
2 sudu besar susu pekat

Campurkan kesemua bahan dan putar selama 15 minit sehingga gebu dan pekat.
Sedia utk dibekukan.
Senangkan berbanding dengan resepi ilahjy masa sekolah dulu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini