10 January, 2014

559. RUSSIAN BLACK AND WHITE CAKE nyummmyyyyy

Entry pertama di tahun baharu 2014

 Sedapnyee kek nie, patut lah ilahjy tengok ramai yg telah ulang tayang di blog masing2.. terutama yg berniaga melalui blog dan fb.
Akhirnya malam tadi tercapai hajat dihati.
Semasa sedang melorekan hiasan hitam putih tu masuk call dari fifi anak bos en hb kusss semasa di tapah dulu.. mereka nak ziarah kami mlm tadi.. akhirnya ilahjy tuliskan nama baby mereka berdua..anak sulung 7 bulan... di atas kek yg kebetulan tak cukup utk ditutupi dgn ising tu.

Terima kasih kepada azlita masam manis, hana memories dan juga yatie memories kerana kalian bertiga kak ilah sudah tergoda dan sudah pun merasa kesedapan kek ini. Memang sedap gileeeerrrr... hahaaa rugi sapa2 yang tak mencuba.
Lain kali kena potong guna pisau panas baru sekata

Kalu ada lebihan ganache dan cream pasti cantik dpt dikemaskan tepian kek ini

Maaf yeee kek ilahjy cooommmmooottt
Nak cepat..15 minit menunggu tetamu yg bakal sampai.. bersama baby mereka yg comel sgt2 tuuu

Cantik dan sekata hehehe perasan.. sambil picit sambil jaga tangan jgn bergoyang.. picit atas sementara bahagian hujung juga kena picit supaya ia keluar sekata. 
 petua niii...


Bahan kek:

170 gm   tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
400 gm  susu cair
100 gm serbuk koko
200 gm minyak jagung
250 gm susu pekat
250 gm gula halus
5 biji telur blend 5 minit

Caranya:

Ayak tepung dan serbuk2 penaik
Campur kesemua bahan kacau atas api sehingga naik wap, padam api.
Masukkan telur kacau sebati
 Masukkan tepung kacau dengan pemutar telur sehingga sebati.
Panaskan kukusan dengan air yang banyak
Sapu acuan dengan marjerin
Masukan bahan2 dan kukus selama 1 jam

Sejukan kek,  guna benang untuk memotong kek kepada 3 bahagian
Letakkan benang keliling kek kemudian tarik perlahan2 sehingga benang habis memotong kek ..tarik benang ke hadapan kita tanpa mengoyangkan benang. Benang mestik statik dgn garisan sekeliling kek. Supaya potongan kek sekata.

Coklat ganache:

500 gm coklat masak
200 ml whipping cream dairy ( ilahjy guna susu pekat 3 sudu campur air jadikan 200ml)
2 sudu besar sirap glukos (tak buh sbb tak de)
2sudu besar butter
1 sudu besar air panas

Caranya:

Panaskan whipping jangan mendidih, padam api. Masukan coklat masakan kacau dengan wish sehingga cair.
Masukkan air panas kacau lagi sehingga sebati.
Masukkan butter kacau lagi sehinnga sebati
Masukan adunan ke dalam beg ising simpan dalam peti sejuk seketika sedia untuk digunakan.

Coffee Cream cheese:

500 gm cream cheese
1 cawan Gula ising
2 sudu besar serbuk nescafe
1 cawan butter lembut

Caranya:

Campur kesemua bahan putar sehingga betul2 sebati. Sedia untuk digunakan.
Masukkan ke dalam ising beg.
Ilahjy simpan sebentar dalam peti sejuk.

CARA SEDIAKAN LAPISAN KEK

potong kek kepada 3 bahagian sama tebal ,  guna benang.
Paipkan adunan coklat sepanjang kek
Paipkan adunan coffee cheesse sepanjang  kek berselang seli sehingga habis
Letakan kek bahagian tengah di atas lapisan pertama tadi secara perlahan2
Ulangi paipan tadi sehingga habis dan letakkan kek yang terakhir secara berhati2.
Sapukan lebihan coffee cream cheesse diatas kek.
 Kemudian sapu pula adunan coklat ganache seluruh kek
Simpan sebentar dalam peti sejuk.
Sedia untuk dimakan

1 comment:

  1. assalamualaikum...kak ilah...

    cuba teka sapa saya....hehe.. igt lg x syasya anak arwah cik pah..

    br tau blog nie blog kak ilah dr abg li...hehe slalu dok tgk x perasan pun..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini