23 April, 2014

618. TAUHU KUKUS GORENG





Bancuhan tepung untuk mengoreng cara jy:

1 biji telur
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit air
Renjisan lada sulah, lada hitam dan cili paprika

Caranya:

Campur kesemua sehingga sebati celupkan tauhu goreng dalam minyak yg panas dan tenggelam.




 

Bahan tauhu kukus cara jy:

2 buku tauhu lembut
1 buku tauhu keras/biasa
3 biji telur
6 ekor saiz besar udang basah dicincang
2 sudu besar Udang kering yang digoreng dan tumbuk kasar
Garam, lada sulah, lada hitam, serbuk cili paprik
Sedikit air untuk kisaran

Caranya: 

Campur kesemya bahan mesin sehingga halus baru dimasukan udang basah dan udang kering. Mesin seketika dan masukan ke dalam bekas, campurkan minyak lebihan udang kering goreng tadi bersama bahan2 hiasan dalaman dibawah.
Gaul sebati, tuangkan je dalam loyang beralas plastik wrap. Kukus selama 20 minit atau sampai adunan terangkat naik dari loyang menandakan ia dah masak.
Sejukkan baru di potong dan di celup dalam tepung dan di goreng sehingga kekuningan, makan dengan sos.

Sesuai utk makan petang atau dengan nasi. Terpulang...


bahan2 hirisan hiasan dalaman:

Daun bawang, daun sup, cili merah dadu, cili hijau dadu, cili padi dadu,


1 comment:

  1. saya dah buat juga tahu ni kak... suami cicah dgn sambal kicap.. sedap yg amat katanya.. hehe.. sy pun buat resepi bantai sendiri je memandangkan nak copy resepi kwn ada yg tak boleh nak copy... nak salin balik malas jd bahan tu dok ingat2 dlm kepala.. pastu blk rumah belasah je buat ikut bahan yg ada... hehehe...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini