05 June, 2014

648. PURI GANDUM

Sarapan pagi lagi sekali dengan hidangan puri. Kali ni puri gandum sebab kehabisan tepung atta. Jadi ilahjy buat puri gandum  pun sedap dan lembut je kejadiannnya.



Bahanya: bahan anggaran ilahjy.

3 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1 sudu teh baking powder
1 cawan air suam tambah ikut keperluan lembut sikit daripada karipap
Seperti dalam gambar
3 sudu besar marjerin

Caranya:

Campur kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian masukan marjerin dan uli sehingga sebati. Biar sedikit melekit. Nanti tabur tepung semasa mengelek. Bancuhan lembut maka gorengan puri akan lembut.
Bulat2kan adunan dan gelek dalam tepung kemudian canai sehingga sederhana nipis. Goreng dalam minyak yang panas simbah2kan minyak keatas puri supaya ia kembong. Bila dah kekuningan toskan.

KARI AYAM

Daging ayam di dadukan
2 biji kentang rebus di dadukan
1/2biji terung di dadukan
3 sudu besar rempah kari
Bawang besar mayang
Bawang putih mayang
1/2 kotak santan

Bahan tumis:

Jintan manis
Cili kering
Bunga lawang
Kayu manis

1 sudu besar tepung dibancuh dengan air


1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini