03 September, 2014

670. KEK BUTTER LEMBAB

Sedapnya kek niii memenuhi citarasa ku.


Pestime menggunakan the baker utk bikin kek bestttttnyeeee laju dan pantas

Bahan2nya:

250 gm buttercup
200 gm gula halus
5 biji telur gred A
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
60 ml susu segar
2 sudu besar serbuk koko

Caranya:

1.Asingkan putih telur putar sehingga bertanduk.
2.Putar buttercup dengan gula halus sehingga gebu.
3. Masukkan telur kuning sebiji2 sehingga gebu.
4. Ayak tepung dengan baking powder
5. Masukkan sedikit2 ke dalam adunan tadi dengan menggunakan senduk kayu
Berselang seli dengan susu segar dan esen vanilla.
6. Masukan putih telur kaup dan balikkan sehingga sebati.

Campuran koko:
Ambil 1 manggkuk kecil adunan dan campurkan dengan serbuk koko bila sebati, masukan sesudu di atas lapisan kuning. Letakkan bertompok2. Kemudian tutup dengan lapisan kuning masukan lagi sesudu adunan koko. Letakkan secara bertompok2 tak perlu ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah sehingga 50 minit atau masak. 
8. 15 minit terakhir turun kan suhu kepada 150 darjah. Bakar sehingga masak.
Buka pintu oven biar sejuk 10 minit baru keluarkan dan terbalik atas redai.

PENGGUNAAN TERKINI MENCANTIKKAN ATAS PEMUKAAN ADUNAN KEK:
 BASAHKAN TUALA KEMUDIAN BALUTKAN KELILING LOYANG MASUKAN KE DALAM OVEN TERUSKAN PEMBAKARAN SEHINGGA ADUNAN NAIK SEKATA DAN TUALA MENJADI KERING BARU DIKELUARKAN DARI OVEN. HATI2 SUPAYA TUALA TIDAK TERKENA REDAI PEMANASAN NANTI TERBAKAR PULA TUALA.

4 comments:

  1. Yang kaknah nk buat la .nmpk sgt sedap.Resipi ilahjy mmg terbukti sesuai dgn selera ku.T.kasih knah simpan dulu resipi ya

    ReplyDelete
  2. Tq kak nah cyg... ilah guna buttercup tin...sedap....

    ReplyDelete
  3. Ilah balut dgn kain ke loyang dlm oven tu?

    ReplyDelete
  4. Yee kak hah ..kain basah.. supaya naik sekata.. kalu tak dia kembung tengah2 dan mcm2 lagi hikhik

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini