http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
18 September, 2014
13 September, 2014
11 September, 2014
675. KEK BUTTERCUP LEMBAB KALI KE2
Resepi masih menggunakan yang sama. Sila lihat di n3 sebelumnya.
Ini atas permintaaan seorang sahabat ilahjy. Semoga beliau berpuas hati.
09 September, 2014
08 September, 2014
673. KARI IKAN BELIAK MATA DGN REBUNG MADU
Senang je nak masak. Buat kari macam biasa, masukan rebung sudah empuk baru masuk ikan. Selamat mencuba.
07 September, 2014
672. ROTI BERSOS KUAH LEMPOK DURIAN
Penggunaan resepi masih yg lama. Sememangnya ilahjy sudah sebati dgn resepi olahan ni... kali ni buat kuah perisa durian dari lempok durian. Sedap dan menepati citarasa sekeluarga.
05 September, 2014
03 September, 2014
670. KEK BUTTER LEMBAB
Sedapnya kek niii memenuhi citarasa ku.
Pestime menggunakan the baker utk bikin kek bestttttnyeeee laju dan pantas
Bahan2nya:
250 gm buttercup
200 gm gula halus
5 biji telur gred A
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
60 ml susu segar
2 sudu besar serbuk koko
Caranya:
1.Asingkan putih telur putar sehingga bertanduk.
2.Putar buttercup dengan gula halus sehingga gebu.
3. Masukkan telur kuning sebiji2 sehingga gebu.
4. Ayak tepung dengan baking powder
5. Masukkan sedikit2 ke dalam adunan tadi dengan menggunakan senduk kayu
Berselang seli dengan susu segar dan esen vanilla.
6. Masukan putih telur kaup dan balikkan sehingga sebati.
Campuran koko:
Ambil 1 manggkuk kecil adunan dan campurkan dengan serbuk koko bila sebati, masukan sesudu di atas lapisan kuning. Letakkan bertompok2. Kemudian tutup dengan lapisan kuning masukan lagi sesudu adunan koko. Letakkan secara bertompok2 tak perlu ratakan.
7. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180 darjah sehingga 50 minit atau masak.
8. 15 minit terakhir turun kan suhu kepada 150 darjah. Bakar sehingga masak.
Buka pintu oven biar sejuk 10 minit baru keluarkan dan terbalik atas redai.
PENGGUNAAN TERKINI MENCANTIKKAN ATAS PEMUKAAN ADUNAN KEK:
BASAHKAN TUALA KEMUDIAN BALUTKAN KELILING LOYANG MASUKAN KE DALAM OVEN TERUSKAN PEMBAKARAN SEHINGGA ADUNAN NAIK SEKATA DAN TUALA MENJADI KERING BARU DIKELUARKAN DARI OVEN. HATI2 SUPAYA TUALA TIDAK TERKENA REDAI PEMANASAN NANTI TERBAKAR PULA TUALA.