15 January, 2015

699. SATAY IKAN KEMBUNG @LOCKCHING

Sumber resepi hasil rujukan daripada rakan2 fb yang berkongsi resepi di wall mereka.

250 gm isi ikan kembung 
100 gm tepung ubi
1/2 biji Bawang besar
1 sudu teh Garam
1/2 sudu teh serbuk perasa
1sudu teh soda baikabonat

Caranya:

Kisar isi ikan dengan bawang besar sehingga lumat
Gaul kesemua bahan yang berbaki sehingga sebati, tambah tepung jika melekit.
Bulat2kan kemudian leperkan sedikit
Panaskan minyak goreng sekejap
Cucuk pada lidi satay, bakar sebentar

CARA YANG ILAHJY BUAT DALAM GAMBAR2 DIBAWAH TAK SAMA DGN RESEPI INI. Pandai2 sendiri.. sebab tak berani nak goreng takut lebur ketulan2 ikan. Tapi lain masa mesti nak ikut resepi asal nak tengok macam mana hasilnya... hehe

Sos manis:

4 ulas bawang putih tumbuk lumat
1 1/2  cawan air
1 sudu besar tepung ubi kayu dibancuh dengan sedikit air
4 sudu besar gula
Sedikit garam

Caranya:

Tumiskan bawang masukan air dan semua bahan2 kacau sehingga pekat, rasa keseimbangan sos.... 



Lepas tu bakar sehingga perang.

Toskan masukan ke dalam air biasa.

Rebus sehingga timbul.

Masukan ke dalam air ais.
Gaul isi ikan dgn tepung sehingga sebati. Bulat2kan




1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini