08 April, 2015

729. SUP SPECIAL UDANG LIPAN

Dah lama teringin nak makan udang lipan. Jumpa di giant setiawangsa terus beli.
murah juga udang ni mungkin tak ramai berminat nak beli.
Tapi isinya  amatlah sedikit bila dah masak. Tak puas makan. Mungkin 10 ekor sorg baru boleh memuaskan hati bila memakannya.



Bahan2nya

Beberapa ekor udang lipan dibuang ekor dan kepala dibasuh dengan air limau 
2 biji kentang di bajikan
1 ulas bawang besar mayang
3 ulas bawang putih mayang
1 inci halia mayang
Sedikit jintan manis
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit lada hitam
1 sudu besar serbuk sup
2 batang serai diketuk



Daun sup dan daun bawang

Caranya:

Panaskan minyak tumis semua bahan sehingga wangi.
masukkan air dan garam juga kentang. Masak sehingga empuk kentang.
Setelah itu masukkan udang lipan. Setelah mendidih terus Tabur daun2 sup dan bawang. Padam api.


3 comments:

  1. udang ni mmg agak murah kan kak tp dana tak berapa teror msk, pastu mcm susah lak nk dpt mkn isi nyer...

    ReplyDelete
  2. Mmg leceh dana. Isi sikit sgt... mcm serik nk mkn lg

    ReplyDelete
  3. apa rasa udang lipan ni..teringin nk bli tp tgok x sggup nk mkn..plik

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini