29 April, 2015

732. KUAH LAKSA BERSERAI LENGKUAS

Kuah laksa dibuat seperti biasa.
Cuma ditambah serai dan lengkuas ketuk sahaja. Rasanya juga ada kelainan wangi dan enak..


10 April, 2015

730. CHUNKY CHEESECAKE BROWNIES






Bahan2nya:
250gm cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula halus
2 sudubesar susu cair
1/2 susu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat cip

70 gm butter
1 cawan coklat masak atau 1/2 cawan dark coklat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
2/3 tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

Caranya:
Putar krim dengan telur dan gula sehingga sebati.
Masukan esen vanilla dan coklat chip. Kacau sebati ketepikan


Panaskan air sehingga mendidih padam api.
Letakan bekas campuran butter dan coklat kacau sehingga licin
Masukan gula kacau sebati dan telur kacau rata.
Akhirnya ayak tepung, baking dan garam kacau sebati.

Alas loyang dengan kertas.
Tuangkan adunan putih separuh kemudia adunan koko separuh.
Tuang kan baki yang putih dan akhir yang coklat.
Bakar dalam oven 170 darjah selama 30 minit.


08 April, 2015

729. SUP SPECIAL UDANG LIPAN

Dah lama teringin nak makan udang lipan. Jumpa di giant setiawangsa terus beli.
murah juga udang ni mungkin tak ramai berminat nak beli.
Tapi isinya  amatlah sedikit bila dah masak. Tak puas makan. Mungkin 10 ekor sorg baru boleh memuaskan hati bila memakannya.



Bahan2nya

Beberapa ekor udang lipan dibuang ekor dan kepala dibasuh dengan air limau 
2 biji kentang di bajikan
1 ulas bawang besar mayang
3 ulas bawang putih mayang
1 inci halia mayang
Sedikit jintan manis
Sedikit kayu manis
Sedikit bunga lawang
Sedikit lada hitam
1 sudu besar serbuk sup
2 batang serai diketuk



Daun sup dan daun bawang

Caranya:

Panaskan minyak tumis semua bahan sehingga wangi.
masukkan air dan garam juga kentang. Masak sehingga empuk kentang.
Setelah itu masukkan udang lipan. Setelah mendidih terus Tabur daun2 sup dan bawang. Padam api.


07 April, 2015

728. RENDANG UDANG GALAH JY


RENDANG UDANG GALAH ILAHJY
Bahan2 :
10 ekor udang galah dibersihkan dgn asam garam utk mengeluarkan hanyir.
1 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
3 sudu besar serbuk sup
3 sudu besar serbuk cili
Garam dan serbuk kunyit
Santan pekat
Minyak menumis
Asam keping

Gaul udang dgn garam kunyit.perap sekejap sementara sediakan bahan2 lain.
Kesemua bahan mesin sehingga halus.
Gaul ke dalam udang tadi bersama serbuk2 rempah dan cili.

Perap selama 2 jam supaya bahan2 serap ke dalam udang.
Panaskan minyak masukan kesemua udang dan goreng sehingg pecah minyak
Selepas itu baru masukan air dan santan pekat.
Masukkan garam dan sedikit gula dan asam keping.
Masak sehingga hampir kering kuahnya, rasa.

Selamat mencuba resepi baru ilahjy...mmg sedap. Tak payah makan udang mkn kuahnya pun dah ok heheheee

02 April, 2015

727. APAM NASI BASMATHI

Resepi masih yang sama dengan apam nasi. Cuma guna nasi basmathi.
Sila rujuk resepi di n3 lama.