23 June, 2015

745. KEK PISANG NIPAH NUTELLA

Kek pisang nipah ini adalah hasil daripada pokok pisang nipah yang ilahjy tanam sendiri. Alhamdulillah walaupun lama tanam baru kutip hasilnya. Serangan monyet membantutkan tumbesarannya.
Jom layan  resepi kek pisang nipah nutella yang sedap.mulus dan ringan.




Bahan2nya:

Mesin halus:
1 cawan pisang nipah ranum.
1 cawan minyak jagung

Putar gebu:
1 cawan gula
7 biji telur
1 sudu besar ovellete

Ayak bersama:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda baikabonat
1 sudu teh baking powder doubel action
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh nescafe
1 sudu besar nutella

Caranya:

Putar telur, gula dan ovelete sehingga gebu.
Mesin minyak dengan pisang sehingga halus.
Ayak tepung dengan kesemua serbuk2 tadi. 
Masukan berselang seli dengan pisang putar sehingga sebati.
Sapu acuan dengan marjerin dan tepung.
Bakar dalam suhu 170 darjah selama 40 minit sehingga masak.


2 comments:

  1. pisang dengan coklat memang ya ampunnnnn sedappp lagilah nutellaaaaa!!

    ReplyDelete
  2. Nuttella tu kasi lebih lg sedap.... ni kak buh sedikit je sarikusss

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini