27 July, 2015

757. PASEMBOQ koleksi dari rakan fb.

DISEBABKAN RESEPI INI BLM DICUBAI DAN MENJADI KEGEMARAN ILAHJY
ILAHJY UCAPI T.KASIH KPD TUAN PUNYA RESEPI.KITA KONGSI DISINI YE

Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

24 July, 2015

756. PULUT DURIAN DAN MANGGA



senang saja penyediaannya:

sanan pekat bercampur garam secukup rasa
pulut dikukus lembut
buah2 mangga dan durian
sedikit gula pasir




11 July, 2015

754. SERUNDING KELAPA DENGAN PULUT





Sambal serunding kelapa berudang kering

1 biji kelapa kecil

1/4 cawan udang kering yang telah digoreng dan tumbuk halus

Bahan dimesin:
10 biji cili kering secukup pedas
3,4 batang serai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu Besar biji jintan manis
sedikit ketumbar biji

Caranya:

Tumis kesemua bahan  sehingga wangi dan pecah minyak. Perasakan garam dan sedikìt gula.
masukan kelapa gaul sebati. Goreng sehingga terbit wangi dan sedikit kering. 



08 July, 2015

753. AYAM BEREMPAH JY

Lagi sekali ilahjy mencipta resepi hasil daripada gabungan rempah pelbagai rasa. Kesemua ada dalam simpanan. Bila nak masak nak cipta resrpi baru tak lah susah sangat semua tersedia..tinggal kita ceduk jee ikut rasa kita. yang penting niat nak sedap dan enak.  insyllh menjadi.... joom kita lihat apa yang telah ilahjy huat dgn ayam ini. Sesuailah diberi nama ayam berempah jy. Sbb i yg cipta yee...
Telah dimakan oleh anak2 mereka puji sedap ya amat..hikhikkk sapa tak sukeee?

Nama resepi tak tauuuu
Ayam semangkuk sederhana dipotong kecik2 agar cepat serap bhn2 x perap sbb nk cepat mkn.
6 btg serai
1/2 biji bwng besar
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4,5 bwg putihhhhhh.,, terlupaaaa..

Blend sehingga halus
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar rempah kari kelantan
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
Sedikit garam

1/2biji bwng besar di potong lebar
Gaulkan kesemua bahan ke dalam ayam. Tumis dengan minyak yg mencukupi
Masak sehingga pecah minyak dan masukan bawang dan masak sehingga ayam empuk. 
Siap... sedapppppp ada kelainan rasa.,, hobi kuuuu mencipta rasa...

07 July, 2015

752. PURIKAN DURIAN BELANDA

Pokok durian belanda setahun ditanam berbuah. Siapa sangka. Guna biji benih atas usaha sendiri. Kini sudah 2 tahun makin lebat sepokok hampir 20 biji... berperingkat2 drp bunga putik muda tua dan masak tak putus2..











05 July, 2015

751. JOM MENTERNAK TAUGEH





potong akar dibawahnya

ikut panjang mana kita suka


selrpas 3hari atau taugeh dah panjang masukan ke dalam air utk dibersihkan kulit hijaunya

Rendam kacang semalaman.
letak dalam tuala beralaskan tapis dan besen
Tutup siram kan air
simpan ditempat gelap selama 3 hari.
setiap hari 3x siram. Air yg jatuh dlm besen hendaklah dibuang jika bertukar rupa.
tetapi jgn sampai mencecah tapis. Nnti kacang busuk.