27 July, 2015

757. PASEMBOQ koleksi dari rakan fb.

DISEBABKAN RESEPI INI BLM DICUBAI DAN MENJADI KEGEMARAN ILAHJY
ILAHJY UCAPI T.KASIH KPD TUAN PUNYA RESEPI.KITA KONGSI DISINI YE

Cara Membuat Rojak / Pasembur
Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng
Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.
Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul
Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.
Kuah rojak singapore
Bahan-bahan:
450 gm keledek - direbus empuk
2.5 liter air
2 camt serbuk cili
3 camb gula merah + gula pasir (ikut citarasa kemanisan masing2)
1/2 camb asam jawa + 2 camb air (pekat)
2-3 camb kacang tanah - digoreng & dikisar halus (guna sikit je utk dptkan rasa je)
Sedikit bijan goreng tanpa minyak
Cara membuat:
- kisar keledek dengan air rebusan keledek tadi hingga halus.
- serbuk cili direbus dengan sedikit air didlm mangkuk yg berasingan sehingga sebati
- masukkan keledek yg telah diblend dan dimasukkan di dalam mangkuk dan tuangkan cili serbuk yg telah di rebus tadi ke dlm mangkuk keledek dan masak dgn api yg perlahan.
- selepas tu masukkan gula merah dan air asam jawa yg pekat2
- kalau ada jem nenas bolehlah diletak sikit utk tambahkan pekat kalau tak ada bolehlah ditambahkan gula
- masukkan sedikit pewarna merah utk kasi naikkan warna
- kalau kuah dah pekat masukkan kacang tanah yg telah diblend - letak sikit je utk dptkan rasa)
- last sekali bolehlah dimasukkan bijan goreng dan dikacau sehingga sebati
Bahan Sampingan:
tauhu goreng
sengkuang
timun
kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
telur, direbus & dihiris

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini