18 September, 2015

765. PAU SUPERBAKE INTI JEM ROSSEL

allhamdulillah pau menggunakan superbake ini lembut sampai hari ke2.... tak perlu dipanaskan.




adunan naik membumbun

Bahan2nya:

250 gm tepung gandum
6 gm yis
3 sudu besar gula
1/2 sudu besar shortening
135 gm air ais

Caranya:

Campurkan kesemua bahan dan adun dengan mixer sehingga terbentuk doh kemudian masukan shortening.
teruskan sehingga adunan menjadi licin, perap dalam mixer sehingga naik berganda.
keluarkan dan tumbuk buang angin uli seketika.
bentuk dan masukan inti dan biarkan doh naik 2x 
kukus api perlahan selama 10mt atau masak.

11 September, 2015

764. SAMBAL AYAM KURMA BERTAUCU


2 ketul paha ayam potong kecil. Goreng tanpa garam kunyit..separuh masak dgn minyak tenggelam.

3 biji cili merah
1/2 labu bwng besar
1 inci halia
1 inci kunyit

1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintah putih
2 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar taucu
3 btg serai ketuk

Daun sup dan bawang dipotong 1 inci

Caranya:

Ayam digoreng dlm minyak tengelam. Separuh masak sahaja.
Mesin cili, bawang, kunyit dan halia sehingga halus.
angkat ayam tadi.
Keluarkan minyak secukup untuk menumis bahan mesin.
masukan bahan mesin, serbuk kurma, serbuk2 jintan.
setelah pecah minyak baru masukan ayam Dan serai Ketuk dan
kacau sentiasa sehingga ayam masak. Baru masukan taucu.
Tambah sedikit air biar berkuah sedikit. Setelah mendidih padam api. Tak perlukan  garam ye... dah cukup masin...

07 September, 2015

763. APAM JOHOL MAS COTEK

Dah beberapa kali sahabat fb kusss mas cotek membuat apam johol ini. Memang terbekenan bentuknya yg cute menggunakan daun pisang dan juga daun rambai.. tiada gambar
tetapi bia daun pisang ada bawa balik dr kebun, pisang pula tak de. Malas nak ke kedai. guna labu yang ada dlm dingin beku hasil tanam sendiri thn lepas.
inilah hasilnya. Menggantikan pisang dengan labu. Lain masa akan guna bahan yang asal. Moga rekahan ini akan cantik dengan api kukusan yang besar seperti nasihat kak nooriah Naim dr Berunai juga rakan fb yg telah pun membuat kuih ini.
terima  kasih kepada 2 insan ini ilmu dikongsi bersama.










Gambar ehsan dr fb mas c0tek  moga ilmu ini berpanjangan lia..aminnnn...