27 April, 2016

812. CHE CHEONG FUN KUAH TAUCU


kali ini ilahjy mencuba resepi dari blog tun teja, adik manis beranak sorang... seorang anak lelaki yg cute pintar bernama harith. tq tun resepi mudah ini. ini resepi ke2 ilahjy cuba. kedua2 resepi sedap jeee janji pandai olah dan masak ... kan tunnn mohon izin kak tepek resepi dr tun kat sini.

230 ml air
70 gm tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1/4 sudu garam halus
3 sudu besar minyak masak atau olive oil

Caranya:

 campur kesemua bahan kacau sebati
Panaskan kukusan bertudung periuk 
Sapu tudung periuk dgn minyak
Tuangkan adunan senipis mungkin
Kukus sehingga gelembung
Macam buat laksam. Angkat dan gulung.


bahan kuahnya  hasil  ciptaan  ilahjy  sendiri:

1  sudu  besar  taucu
2  sudu  besar  kicap (ikut  selera  msg2 pekat  atau nipis  warna nya) 
1  cawan  air
1  sudu  besar  tepung  gandum(ikut kepekatan  masing2  suka)
1  sudu  besar sos cili
cili  padi ketuk  ikut  pedas
sedikit  gula
sedikit  garam
 lada  sulah

caranya:

kisar  kesemua  bahan  dan  panaskan sehingga  mendidih  masa  hidang  renjiskan  lada  sulah

bahan2  boleh    di ubah  suai  ikut  selera  masing2..



26 April, 2016

811.. TONGKOL LEMAK KUNING TIMUN KUNING


1 ekor ikan tongkol sederhana besar potong dan bersihkan
1 biji timun kuning potong serong
1 biji bawang besar
1 inci kunyit hidup
1 sudu besar rempah kari
1 kotak santan
1 helai daun kunyit
2 keping asam gelugor

Caranya:
Kisar kesemua bahan kecuali rempah kari
Didihkan bersama rempah kari sehingga mendidih
Masukan timun rebus separuh empuk
Masukan ikan tambah santan, sedikit air juga daun kunyit Dan asam gelugor Dan garam secukup rasa
Masak sehingga mendidih dan ikan empuk




18 April, 2016

810. ROTI PURI GANDUM siaran ulangan


Resepi boleh rujuk di entry lepas.
Penggunaan tepung gandum, yis, gula dan air secukupnya.

11 April, 2016

808. PUDING SAGU BERLAPIS








Rendam sagu sehingga kembang
Didihkan air masukan sagu tadi
Rebus sehingga kembang dan jernih
Toskan dan  warnakan mengikut kegemaran sendiri
Masak agar seperti biasa campuran susu cair , gula, vanilla
Bahagikan agar2 tadi mengikut bilangan warna 
Tuangkan sagu kedalam agar2 kacau sebati.
Tuangkan lapisan pertama bekukan sederhana lembut cakar dengan garfu
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya, buat sehingga habis.
Sejukan dalam peti sejuk
Setiap lapisan ilahjy sejukan dlm besen air Seperti dalam gambar.