Selalu arwah nenek masak ikan macam ni menggunakan cuka dan simpan beberapa hari semakin hari semakin sedap. Kalau kita tak ada selera nak makan nasi inilah lauk pembuka selera . Kuah nya boleh dihirup.
Disebabkan ilahjy tak boleh makan cuka ilahjy guna air asam jawa yg sedikit pekat untuk memasamkan kuahnya.
Bahannya:
2 ekor ikan kembong Dipotong dua dan digoreng garing
Bawang besar mayang
Bawang putih belah dua
Halia dimayang
Cili padi secukupnya
2 biji tomato dibelah 4
Jintan manis
Biji sawi
Air asam jawa secukup memasamkan kuah
Caranya:
Tumis kesemua bahan2 mayang dengan rempah sehingga wangi. Masukan air asam jawa dan tomato. Setelah mendidih masukan ikan goreng dan garam dan sedikit gula seimbang rasa
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini