20 May, 2016

819. PIE CRUMBLE APPLE

resepi ini ilahjy rujuk kpd blog azlita aziz. dan ditokok tambah sedikit di atas topping nye. terima kasih dek ita lawa kusss











APPLE CRUMBLE PIE
Rujukan : www.azlitamasammanis.com

Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais

Gaulkan tepung dengan gula aising

Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu sehingga tekstur seperti serbuk roti

Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.

masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.

Bahan Inti

5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung

Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis

Ketepikan

Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.

Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat.
Masukkan kulit lemon.
Angkat dan biarkan sejuk

Bahan Crumble

75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat

Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata

Cara Menyediakan Pie

Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.

Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan

Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple

Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.

Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang





No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini