07 August, 2016

837. APAM AYU BERCHEESE


mohon kopi n pasta resepi dari blog azlita masam manis
kak ilahjy malas nak taip resepinya. t.kasih dek ita lawa kusss kongsi resepi yg enak niii.

bahan apam:

2 biji telur
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovellet
pewarna
esen vanilla

caranya:
pukul gula dan telur sehingga kembang
masuk ovellet pukul lagi
masukan esen vanilla
masukan tepung berselang seli dengan santan
kacau sebati dengan senduk kayu
bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan
boleh diberi pelbagai perisa
sapu acuan dengan minyak jagung/masak
masukan krim cheese, kukus 2 minit api yg sederhana
masukan adunan apam kukus selama 7-10 minit api sederhana
setelah masak keluarkan daripada acuan.

bahan cheese:
250 gm krim cheese
80 gm gula kastor
25 ml air
20gm tepung gandum
1 biji telur

caranya:
satukan kesemua bahan putar sehingga sebati
sedia untuk digunakan







 















1 comment:

  1. boleh try ni Ilah macam sedap jugak ni kalau yg bercheese ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini