21 August, 2016

838. TUMIS AIR REBUNG DENGAN KAROT


semasa balik ke chalet kami, barang2 dapur memang terhad untuk dimasak. malas rasanya nak kekedai makan. alang2 rebung ada keliling chalet ilahjy petik dan terus masak tumis air ikan bilis bersama karot. ermmm sedap  hiruppp panas2.

senang jee tumis bawang dengan ikan bilis,
setelah wangi masukan sayuran dan goreng sebentar
tambah air dan garam biar mendidih dan empuk.
rebung di celur dahulu buang airnya.

07 August, 2016

837. APAM AYU BERCHEESE


mohon kopi n pasta resepi dari blog azlita masam manis
kak ilahjy malas nak taip resepinya. t.kasih dek ita lawa kusss kongsi resepi yg enak niii.

bahan apam:

2 biji telur
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan atau susu cair
1 sudu teh ovellet
pewarna
esen vanilla

caranya:
pukul gula dan telur sehingga kembang
masuk ovellet pukul lagi
masukan esen vanilla
masukan tepung berselang seli dengan santan
kacau sebati dengan senduk kayu
bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan
boleh diberi pelbagai perisa
sapu acuan dengan minyak jagung/masak
masukan krim cheese, kukus 2 minit api yg sederhana
masukan adunan apam kukus selama 7-10 minit api sederhana
setelah masak keluarkan daripada acuan.

bahan cheese:
250 gm krim cheese
80 gm gula kastor
25 ml air
20gm tepung gandum
1 biji telur

caranya:
satukan kesemua bahan putar sehingga sebati
sedia untuk digunakan