bedak sejuk ini turun temurun daripada arwah nenek ilahjy. yg menjaga ilahjy sejak dr umur 9 bulan lagi. entah berapa kali nenek buat bedak sejuk untuk kegunaan kami sekeluarga. tapi ilahjy tak pernah ambil indah dengan resepi membuatnya. cuma pernah tolong nenek tukar air rendaman beras beberapa kali. yang pasti 3 bulan sehingga beras itu hancur.
kemudian kami akan kisar dengan
pengisar batu. lepas tu disejat airnya sehingga pekat tepung tu baru dititik atas kain dan dijemur sehingga kering dan disimpan dalam botol bersama daun pandan atau bunga2 kenanga, tanjung atau kerak nasi untuk mewangikannya. semasa rendaman beras memang bau masam amat kuat. setiap kali air bertukar masam baru diganti air baru. selepas dijemur bau masam akan hilang sendirinya bertambah wangi dgn pewangi ori itu.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini