05 January, 2017

871. NASI BEREMPAH ILHAM JY

harap maklum resepi ilahjy semua terbitan dari draft yg disimpan dlm thn 2016. jangan terkejut bila membaca cerita2nya.

set nasi berempah utk berbuka seisi keluarga semalam.... 22 mei 16. syukur.... lama dah tak masak nasi minyak2 ni.. tapi beras basmathi ni tak cukup panjang. jenama yg x pernah nampak. beli kat kedai dikawasan kondo merpati niii... yg terbaik faiza juga... apapon syukur sunat nisfu syaaban terlaksana jua seisi keluarga...
nasi ni hasil rekaan ilahjy...gabungan rempah sup dan rempah masak rose... memang sedap hehehe



bahan : resepi ilham ilahjy

4 cup beras basmathi rendam seketika

 rempah:
2 sudu besar serbuk rempah sup
1 sudu  besar rempah masak rose

bahan penumis:
1 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar dimayang
1 inci halia dimayang
3 ulas bawang putih dimayang

sedikit garam
air secukup menumis

minyak:
1 senduk marjerin
1 senduk minyak masak
2 sudu minyak sapi

caranya:

1. panaskan ketiga2 jenis bhn diatas, tumiskan bahan penumis sehingga kekuningan.
masukan sedikit air dan rempah2 kacau sehingga garing.
2.masukan beras dan gaul sebati. tambah air secukupnya dan garam.
3. setelah masak gembur2kan nasi. bila api dah padam baru titikkan pewarna kuning telur.
4. biarkan nasi masak sepenuhnya baru di gaul kan pewarna tadi keseluruhan nasi.

ACAR RAMPAI:
1/2 batang timun dipotong panjang buang isi tengah
1/2 batang karot potong mcm timun
1/2 biji nanas muda potong baji

bahan dimesin:
1/2 biji bawang besar
sejemput ikan bilis

rempah:
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh jintan manis

penambah rasa:
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili

caranya:

panaskan minyak, tumis bahan mesin. masukan biji sawi dan jintan kacau sebati baru masukan rempah2 dan tambah sedikit air jika perlu. setelah pecah minyak baru masukan penambah rasa. masukan kesemua sayur2an tadi dan beri sedikit garam.

AYAM MASAK MERAH:

1/2 Ayam dipotong kecil digaram kunyit
goreng 3/4 masak

bahan mesin:
20 biji cili kering
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar
1 inci halia
1 biji tomato besar

3 batang serai diketuk
sedikit sos cili

caranya:

tumis bahan mesin dan serai dlm minyak gorengan ayam sehingga pecah minyak. masukan ayam dan sos sedikit garam. tambah air untuk terus memasakan ayam. kuahnta ikut selera mahu pekat atau sederhana.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini