11 January, 2017

875. DAGING MASAK MERAH JY


1 kilo daging potong  ketul2 jgn ikut atau lawan ira urat potong caca marba akan melembutkan daging impot ni.

bahan dimesin halus:
1 mangkuk kecil cili kering mesin
1 biji bawang besar
beberapa ulas bawang putih
1 ketul lengkuas muda
1 ketul halia
1 sudu besar jintan manis 
1 sudu teh jintan putih

bahan2 tambahan:
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar rempah gulai rose
1 paket santan
beberapa sudu sos tomato
1 biji buah tomato

bahan penumis:
bunga lawang, k.k.manis
beberapa batang serai diketuk

masak macam biasa

kesemua bahan2 di mesin halus. 
tumiskan bahan mesin, kulit kayu manis dan serai. masukan pula rempah rose, rempah gulai rose, masak p sehingga pecah minyak.
masukan  daging dan tambah air untuk melembutkan daging, setelah daging empuk masukan sos tomato dan buah tomato cincang halus, masak sehingga empuk baru masukan santan. keringkan santan tadi mengikut selera kita. 


2 comments:

  1. Masak macam biasa tu macam mana. Saya tak pernah masak.

    ReplyDelete
  2. oh, mcm ayam masak merah. sy ingatkan daging msk merah mcm kat kedai tomyam, hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini