31 March, 2017

897. KUIH SAGU NONA MANIS

Nona manis utk tukang rumah.
Minum petang jumaat.
Sedapppnyeee dah bertahun tak buat. Nasib baik molek jee jadi nyaaa. Tq Allah tanpa resepi menjadi.



Rujukan sendiri

1/2 loyang sagu dlm 2cawan rasanya x sukat pula tadi
Rendam dan basuh buang air putih. 3x basuh.
Rendam 30 mt

Masak jadikan air gula:
8sudu besar gula pasir
1cawan air
1sudu besar sirap rose

1biji kelapa parut muda
Sedikit garam gaul kukuskan.

Panaskan kukusan.
Masukan sagu kedalam loyang.
Tuangkan air gula masih panas2 lagi
Ke atas sagu. Kacau rata. Biar tenggelam sagu. Kukuskan sehingga masak. Sendengkan loyang utk keluarkan air berlebihan. Potong gaul dalam kelapa parut. Siap.

26 March, 2017

896. LONTONG GUNA KENWOOD PRESSURE COOKER. TERBAIK,


ketupat mini ilahjy rebus guna pressure cooker kenwood guna arahan sup selama 25mt. kali ke2 ilahjy guna kan periuk tu. 


23 March, 2017

895. APAM GANDUM LEMAK MANIS JY



Apam gandum. Versi lemak jy
Baru angkat minum petang utk tukang rumah

utk simpanankuuuu jerr
agak2 yeee bahan nya:
tepung gandum dlm 2 cawan
1/2 paket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
4 sudu besar gula pasir
4 sudu besar susu pekat
1 biji telur
4 sudu besar santan kotak
sedikit garam
1 sudu teh esen ros
pewarna merah
 1 sudu besar marjerin
1 cawan air masuk sikit2 sampai jd pekat mcm dadar

gaul semua sehingga sebati.,
peram 45mt.
kacauu sebati lps tuu sapu loyang dgn marjerin
kukus 30mt..

17 March, 2017

894 KERIA SIRA GULA PERANG



RESEPI PETUA RAHSIA JY
1 senduk gula perang
1/2 senduk gula pasir
sedikit garam
1/2 cawan air
2 sudu besar minyak masak

panaskan kuali bekas goreng keria
masukan kesemua bahan
masak sehingga gula berbuih dan menjadi likat
masak gula hendaklah lama dlm 30mt bagi memastikan gula cantik seperti dalam gambar
tarik gula ketebing kuali
jika gula mulai kering masukan keria
gaul dengan segera api kecil
bila bersalut padamkan api terus mengoreng
sehingga gula kering bersalut rata.
sila pastikan kepingan2 keria terpisah kesemuanya.
jika tak menjaďi sila ubah suai resepi

13 March, 2017

893. JAGUNG BERSIRA JY



rebus jagung dlm air bergaram. 
lps dah empok, angkat jagung tu toskan.
buang air tadi tinggal separuh.
susu cair 1/4 tin,  
susu pekat ikut manis. yg ni saya buh 4 sudu besar, 
3 sudu besar tepung kastard,
2 sudu besar planta,

kacau semua dlm air rebusan tadi sampai sebati.
pastu panaskan sambil dikacau jgn berketul.
dah mendidih masukan kembali jagung 2 btg tadi. masak sampai kuah pekat. sblm padam api buh cheese, samada chesdale atau chese betoi yg kiub tuu.. yg ni saya x buh cisss sbb stock x de. tuu pon sedap x sangga dah. 

06 March, 2017

889. REBUNG KERING





rendam rebung dalam air bercampur garam selama sebulan. toskan jemur sehingga kering
boleh disimpan lama untuk dibuat acar limau atau acar buah.

03 March, 2017

888. BELIMBING BULUH KERING



6 kg buah belimbing  segar
6 genggam garam kasar kalau kurang masin tambah
air secukup tenggelamkan buah

basuh bersih buah belimbing buluh
masukan dalam balang plastik
masukan air tapis separas buah
masukan garam
peram selama sebulan lebih pun ok
rasakan garamnya .
setelah sebulan toskan dan jemur
sehingga kering.

02 March, 2017

887. NASI KERABU SIAM JY



melihat seorang rakan fb berbangsa siam iaitu isteri kawan sekolah ilahjy, memasak nasi kerabu yang sebegini rupa. ilahjy terus berhajat nak masak dengan cara ilajy tersendiri. memang harum semerbak serumah nasi ni. tapi ilah tak masak lauk nya hanya mkn cara orang berpantang.

bahannya:

2 pot beras basmathi

bahan dimesin halus:
4 helai daun pandan
5 helai bunga telang
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 inci temu pauh
1 batang serai mayang
1 inci  lengkuas

kisar dgn air yg cukup2 dengan beras. tapis amek airnya sahaja.


1/4 kotak santan
garam secukup rasa

tanak nasi macam biasa
masukan kesemua bahan sekali gus.


01 March, 2017

886. SAMBAL BELACAN BUAH KEMANG


buat sambal macam biasa cuma tambah hirisan buah kemang, tak perlu asam lain kerana buah kemsng dah cukup masam utk menstabilkan rasa sambal belacan ini.


inilah buah kemang a.k.a binjai