20 January, 2018

913. ASAM PEDAS SENANGIN TERUNG TELUNJUK RESEPI BARU JY



Sumpahhhhh sedappp.., sejak masak asam pedas.. ini yg tersedap pernah ilahjy reka masak. Hobi lama mereka cipta resepi kembali lagi, dapppnyeeee
Satu lagi resepi ciptaan kusss

Asam pedas siakap ilahjy daun limau purut
Bersama terung telunjuk

1 ekor siakap potong 3

4sudu besar cili kering mesin
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 inci belacan
5 helai daun limau buang tulang daun
1 inci kunyit

3 btg serai diketuk
1 ketul lengkuas muda diketuk
1 sudu besar kerisek
Air asam jawa secukup utk menjadi kuah
10 biji terung telunjuk
3 helai daun linau purut

Kisar kesemua bahan sehingga halus
Panaskan kuali bersama minyak secukupnya
Masukan kesemua bahan bersama serai dan lengkuas
Bila pecah minyak masukan air asam jawa dan terung. 
Masak sampai terung separuh empuk. Masukan kerisek dan ikan juga garam
Terus masak sehingga mendidih padam api. 

Walaaaaa sedapnyaaaa

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini