28 February, 2018

924. ASAM PEDAS KELADI tanam sendiri





Bahannya:

2 btg keladi dicelur bersama asam keping ditoskan airnya
Beberapa keping ikan masin atau ikan bilis

 2 sudu besar cili mesin
Sedikit belacan
1 labu bawang besar

Mesin dengan air secukupnya
Panaskan sehingga mendidih bersama 2,3 keping asam keping
Setelah itu baru masukan keladi. Masak sampai lembut dan rasa garam dan asam, 




19 February, 2018

922. BINGKA LABU




Bahannya:

400gm labu dikukus dan dilenyek halus
Bijan utk hiasan

A
2 biji telur
230 ml santan pekat
200 ml air
160 gm susu pekat
100 ml susu cair
120 gm gula pasir
300 gm tepung gandum
2 sudu besar minyak
1/2 sudu teh garam

Campur semua bahan tapiskan. 

Campurkan bahan A dengan labu.
Curahkan ke dalam loyang yg telah disapu minyak yg telah dipanaskan terlebih dahulu dlm masa 10 minit dlm oven bersuhu 160 darjah.  Bakar sampai 1 jam ikut  oven masing2.
15minit pembakaran keluarkan tabur bijan. Teruskan sehingga masak. Tambah sedikit masa api atas utk berkerak.






17 February, 2018

921. LEMPOYANG SAMBAL BILIS GORENG



Lempoyang dibersihkan buang kulitnya dan tumbuk halus perah airnya.

Sediakan sambal belacanb ikan bilis

Ikan bilis
Cili merah 
Cili padi
Gula garam

Ikan bilis digoreng separuh ranggup.
Kesemua digoreng dgn sedikit minyak sampai separuh  layu
Campur dan mesin sehingga halus. Campur dgn lempoyang tadi.





08 February, 2018

920. MUSIM DURIAN PALING MAHAL GILERSSS 2018






Yaaa betul2 mahal gilersss durian awal tahun 2018. Wpon begitu beli juga utk melangsaikan keinginan utk mkn roti jala ini.



07 February, 2018

918. KERABU KACANG BOTOR TANAM SENDIRI DGN KETAM


Kerabu ni senang sahaja.
Sediakan sambal belacan, tambah kerisik, bawang mayang , cili besar mayang, cili padi potong kecil2. Air asam limau sedikit gula dan hirisan ketam yg dicelur dahulu.
Gaul semua rasa seimbangkan masam manis.



05 February, 2018

917. KELADI SAYUR TANAM SENDIRI DGN SIPUT SEDUT




Ini adalah hasil masakan keladi yg ilahjy tanam sendiri.. bulan 6 2017 tak salah bulan drp 3 btg yg kecil2 jee ku tanam dah merebak mnjadi berpuluh batang. Syukur parit yg berbukit ini kami sekat utk air hujan bertakung. Dan jtak kena mengena dengan parit kotor... tahu lah kami nk menjana membiak pokok2 yg dijadikan makanan suci lg halal. 

Resepi ini dimasak oleh anak dara ilahjy yg no 2. Si shafiqah. 
Sedap ada lengkuas dan halia.