13 March, 2018

929. TELUR DADAR BERTEPUNG JY


Satu lagi hasil kretip ilahjy
Memang sedap dan ranggup kalau diratah mau hbis 3 biji telur ni. Tapi cepat kenyang dadar ni. Try laaa baru tau. Idea datang  tak kira masa.

Bahannya:

3 biji telur ayam
3 sudu besar tepung serba guna bestari
Garam tak perlu sebab tepung ni masin piang2
Hirisan bawang, cili, daun ketumbar
3 sudu besar air

Putar dengan garfu semua bahan
Panaskan kuali  leper minyak lebih sikit daripada dadar biasa
Api kuat sikit drp biasa supaya telur jadi ranggup ditepi2nya
Tuangkan telur memenuhi kuali. Dalam 3 minit Lepas tuu slowkan api sedikit supaya telur masak sekata.


Duhaii syarikat bistari mohon kurangkan garam dlm tepung goreng yg sedap tuu.. pengguna boleh menambah garam bila perlu tapi bila terlalu masin dah tak boleh buang. Nak tambah tepung gandum nnti rasa ori resepi bistari dah tak ori. 

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini