09 September, 2018

953.TERISEK CARA KAWAN FB KU ROS...khas..

Ihsan resepi dr kwn fb ku. T.kasih moga dimurahkan rezeki

TERESEK

Bahan:
Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air garam)
¹/4 ekor ayam dipotong kecil2
Bawang  besar 3 labu *
Bawang putih 3 ulas *
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Lengkuas 3 hiris*
Lada kering 7 tangkai (rendam air panas, tos)*
Rempah ketumbar 1 sudu besar ( kisar halus)
Santan pekat 2 cawan
Rempah kari ayam/daging 2 sudu besar
Asam keping 1
Kerisik 2 sudu besar
Gula merah secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Lada merah  atau hijau 1 biji dihiris
Bawang besar 1 biji dihiris

Cara membuatnya:

Kesemua bahan bertanda (*) dimesin lalu ditumis. Bila dah agak2 masak , masukkan rempah kari. Tambahkan sedikit air taknak bagi tumisan melekat di kuali. Kacau hingga rempah masak dan bertukar sikit warna nya. Masukkan  ayam yang telah dipotong kecil2..
Masak hingga ayam empuk.

Masukkan rempah ketumbar dan kemudiannya santan. 
Masukkan asam keping. Biar santan dah masak elok baru masukkan jantung pisang yang dah ditos dan diperah keluar airnya. Gaul2kan biar mesra. Taburkan lada merah@hijau,, bawang besar dan kerisik. Gaul2kan lagi. Perisakan dengan gula dan garam.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini