25 September, 2018

960. ROTI BUN MANIS



Roti bun ini ilahjy uli menggunakan tangan sahaja selama 20mt. Pun mengebusss bukan main lagi.... nah tak ade alasan utk meroti jika tiada alatan utk menguli adunanya. Tapi kalu melwbihi sekilo tepung kena yg sasa lah baru kuat heheee

24 September, 2018

959. KUIH PERIA koleksi utk simpanan peribadi


Kredit buat rakan fb yg baik budi moga ilmu diberkatinya



23 September, 2018

958. TEPUNG BUNGKUIH

Lapisan putih
1@1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Satukan bahan masak atas api sehingga pekat likat 

Buat inti kelapa. Bulatkan Gaul dgn tepung supaya senang nak cantum dgn adunan  putih.
Sudukan adunan atas daun pisang
Letak 2 biji inti kiri kanan. Balut. Kukus 20mt.


09 September, 2018

953.TERISEK CARA KAWAN FB KU ROS...khas..

Ihsan resepi dr kwn fb ku. T.kasih moga dimurahkan rezeki

TERESEK

Bahan:
Jantung pisang(dihiris nipis lalu direndam dalam air garam)
¹/4 ekor ayam dipotong kecil2
Bawang  besar 3 labu *
Bawang putih 3 ulas *
Halia 1 inci*
Kunyit hidup 1 inci*
Lengkuas 3 hiris*
Lada kering 7 tangkai (rendam air panas, tos)*
Rempah ketumbar 1 sudu besar ( kisar halus)
Santan pekat 2 cawan
Rempah kari ayam/daging 2 sudu besar
Asam keping 1
Kerisik 2 sudu besar
Gula merah secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak masak untuk menumis

Lada merah  atau hijau 1 biji dihiris
Bawang besar 1 biji dihiris

Cara membuatnya:

Kesemua bahan bertanda (*) dimesin lalu ditumis. Bila dah agak2 masak , masukkan rempah kari. Tambahkan sedikit air taknak bagi tumisan melekat di kuali. Kacau hingga rempah masak dan bertukar sikit warna nya. Masukkan  ayam yang telah dipotong kecil2..
Masak hingga ayam empuk.

Masukkan rempah ketumbar dan kemudiannya santan. 
Masukkan asam keping. Biar santan dah masak elok baru masukkan jantung pisang yang dah ditos dan diperah keluar airnya. Gaul2kan biar mesra. Taburkan lada merah@hijau,, bawang besar dan kerisik. Gaul2kan lagi. Perisakan dengan gula dan garam.