13 March, 2019

993. BOKO UBI KAYU NYUM NYUM DAP 27.8.2018

Masak pada 27.8.2018 baru nak publish harini. 13 mac 2019. Ikut turn publish.
Boko gula merah

Boko pandan

Jam 7 tadi padam api kukusan terus bawa g masjid utk rakan yg rapat... 4,5 hr lps buat guna gula merah. Hr nii nmpk wan raudah buat 6pm tadi terus minta resepi yg hijau.. terlupa minta yg putih. Sooo ilahjy  reka sendiri kepala putihnya..rupanya kena tambah air utk lembutkan boko ubi.sedap gilerssss u ollsss...
Lembut gituuu...syukur dpt kongsi dgn mereka,tadi.. tq wan resepi yg hijauuu tu ye

Bahagian hijau

A. 4cawan ubi kayu yg di mesin sampai halus dan ditos airnya. Air tadi dibiarkan seketika. Amek kanji nya shja dicampo kembali kedlm ubi yg ditoskan tadi.
 Yg ni anda faham tak?
B. 5,6 helai daun pandan diblend dgn 3 1/2 cawan air... tambah sedikit pewarna hijau jika perlu.
C. 1 1/2 cawan gula pasir
D. Sedikit garam

Caranya:
1. Campur kesemua bahan kacau sebati.
PaNaskan atas api yg sederhana kacau sehingga naik wap.
2. Panaskan kukusan. Sapu loyang dgn minyak masak supaya tak lekat.
3. Masukan adunan hijau tadi ke dalam loyang.
Kukus sehingga masak. Masa ni kacau selalu biar rata. Adunan sudah mnjadi likat dan sedikit kental. Padam api. Masukan dalam acuan separuh bekas. Kemudian masukan pula bhgian putihnya. Kukus selama 15mt. Api sederhana.
4. Semasa mngukus yg hijau kita sediakan bahagian atas yg putih nya pula.

Yg ni ilahjy mohon maaf tak de sukatan. Meh kita agak2..harap mnjadi panduan..ubahlah masa mngacau atas api.

Bahagian putih:

1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan.. ilahly guna sekotak santan kotak.. campur air... utk mnjadikannya 3 cawan. Masa mngacau atas api tambah lah lagi air jija adunan pekat.
3 sudu besar gula pasir
Sedikit garam pembangkit rasa lemak

Adunkan kesemua bahan guna whisk tangan
Sehingga betul 2 sebati
Panaskan atas api kacau sampai likat. Masa nii jika kita kacau ia berketul ini menanda adunan tuuu keras jika sejuk. Jadi tambah lah sikit2 air semasa mngacau tadi.sehingga hilang ketulannya. Kepekatan adunan putih macam kita buat dadar atau pun kepekatan  kuih cara. Harap dpt membantu dlm kes tak de sukatan ni..
Selamat mncuba ye..



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini