26 July, 2019

1026. SAMBAL UDANG PETAI BERKANTAN

Masak macam biasa. Tambahkan hirisan bunga kantan sahaja kasi kelainan rasa.

24 July, 2019

1025. IKAN TENGGIRI KURMA SPECIAL JY


Lagi satu rekaan terkini masakan drp ilahjy

Ikan tenggiri masak kurma special jy

4 ketul ikan tenggiri
1/2 kotak santan
2 biji tomato belah 4
2 biji kentang belah 4

Bahan dimesin halus:

1 biji cili merah
5,6 biji cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Seketul kecil lengkuas muda
Seketul kecil halia
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar halba
4 sudu besar rempah kurma
2 batang serai

Panaskan minyak
Tumis semua bahan sehingga pecah minyak
Tambah air jika pekat, masukan kentang setelah empuk sete,  masukan tomato dan ikan dan masukan santan dan garam.
Teruskan masak sehingga ikan semua empuk.


02 July, 2019

1022. UBI KAYU SAGU GULA MELAKA USAGUME JYC






Sedang mereka sejenis kuih.. mmg tak de org pernah buat lagi. Harap2 menjadi...lebihan ubi kayu drp kuih boko minggu lps. Buntu nk bust apa.. terus capai bahan2 yg ada terus masuk tanpa sukatan. Biasalah kan ilahjy suka mereka cipta. Tapi dah lama sangat tak buat kerja campak2 ni... nak catatkan bahan kot kot kuih ni sedap dan menjadi kuih spt hati ni nak makan dan membayangkan.. anggaran...

Nama kuih belom dapat lagi.  Nanti I reka

5 cawan ubi kayu parut
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1sudu besar garam
3 cawan kelapa parut
11/2 cawan sagu
1 kotak santan
1/2 cawan pati gula melaka

Gaul kesemuanya biar rata
Perap kan seketika biar sagu kembang
Dan bahan sebati rata rasanya nnti
Nanti ilahjy sambung yee... daun pisang belom g amek lagi.. tungguuu yeee