30 December, 2019

1051. NASI BERIANI SPECIAL JY



Bahannya:

3 pot beras basmathi extra long
1/4 cawan kismis hitam
5,6 helai Daun ketumbar jawa
Hirisan daun sup

Bahan tumisan:
Bawang kecil dimayang
Halia dimayang lebar
Bunga lawang
Kulit kayu manis


3 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar rempah kari daging
1 kiub ayam
5 sudu besar pati santan
3 biji limau kasturi amek jusnya
Marjerin 
Minyak masak

Caranya:
Panaskan marjerin dan minyak masak
Tumiskan  bahan tumisan dan kismis sehingga wangi. 
Masukan rempah dan sedikit air. Bila rempah dah pecah minyak baru masukan air dan beras. Pastikan paras air sesuai dengan beras. Masukan kiub ayam dan pati santan. Bila beras dan mula mengering masukan daun sup dan daun ketumbar jawa. Tutup periuk biarkan sehingga masak baru di gembur rata daun2 tadi. Daun itu membangkitkan aroma,wangi serumah dan menambahkan keenakkan nasi. Tak perlu makan dengan lauk pun dah sedap rasanya.






No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini