21 January, 2020

1056. NASI BERKHASIAT JY



Bahannya:
3 pot beras basmathi
2 biji oren parut kulit dan ambil jusnya
Segengam kismis kuning
Segenggam gajus
Sekuntum bunga lawang
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit jintan manis
5 ulas Bawang kecil
3 ulas bawang putih
Marjerin dan minyak untuk memumis
Daun sup dimayang

Bahan di mesin halus:
5 biji buah kurma
Segenggam kismis kuning
2,3 sudu besar pati santan
Sedikit air untuk dimesin

Caranya:
Panaskan kedua dua minyak dan marjerin
Tumiskan bawang, kulit kayu manis dan bunga lawang dan jintan manis. Setelah wangi masukan kusmis dan gajus teruskan digoreng sampai matang. Padam api.
Campurkan parutan oren, daun sup dan santan. Ketepikan.

Beras dimasak dgn air separuh kering. Masukan bahan tumisan tadi dengan garam. Gaul sebati teruskan dimasak nasi tadi sehingga betul2 masak. 
Makan dengan sambal udang, kari ayam dan kerabu tomato dan nanas.








1 comment:

  1. ya Allah. sangat lah menggoda mata yg memandang ^_^

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini