16 November, 2020

1123. CHE CHEONG FUN







Salam semua  yg dihormati
Jemu makan nasi.. 
jom kita ber che cheong fun

Bahan utk laksam.kueteow.dadar.:

 230 ml air
70 gram tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
 3 sudu besar minyak masak.

Caranya:

Panaskan kukusan dan tutup periuk @loyang spt buat laksam.
Bancuh kesemua bahan diatas sehingga sebati.
Sapu minyak pd tutup periuk atau loyang
Tuang adunan meliputi loyang. 
Kukus sebentar. Buka balik tutup periuk
Masukan dua sudu besar inti udang.
Tutup kembali periuk kukus,sehingga gelembung.
Keluarkan loyang terus gulung .
Kalau tak dpt gulung sbb licin. Tak pee 
Teruskan setakat mampu gulung.
Potong kuih itu didlm pinggan sblm dihidangkan.

Inti lauk ikut citarasa ilahjy:

Ketuk bawang putih tumis sehingga,wangi
Masukan udang hidup yg dicincang dadu
Masukan sayur kobis cincang dan kacang buncis dadu. Tambah garam. Goreng 3/4 masak. Sedia utk digunakan.

Kuahnya:

1sudu besar tepung jagung
Sedikit minyak bijan
Sedikit kicap manis
Sedikit gula
Air secukup utk pekat kuat

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat. Tambah air jika pekat. Ikut kesesuaian kita suka. 

Hiasan atau sos tambahan:
Kacang tanah utk tabur
Sos cili thai kuih ini tidak pedas kalian boleh tambah cili utk pedaskan nya..

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini